Friday July 01/2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www:sabahinsider14.blogspot.com
SALAM berbuka puasa dan doa Allah rahmati hidup kita semua dan setelah
berbuka puasa dan makan kurma maka ingin sangat menulis hal yang disebut orang
KUASA.
Di Malaysia ini ramai politikus merebut-rebut
mahu bertanding setiap election dan kemudian menang duduk di DUN dan parlimen
makna mereka berkuasa.
Bila berkuasa rata-rata dalam kepala mereka
bukan demi kepentingan rakyat sebalik bertanya mana projek berjuta yang belum
masuk ke kantung untuk kayakan anak bini, suku sakat, kroni dan sebagainya yang
terdekat.
Rata-rata kalangan mereka bukan berslogankan
rakyat didahulukan dan slogan itu hanyalah laungan di media dan dari mulut yang
hati tidak ikhlas dan kesannya rakyat menghadapi waktu-waktu yang sukar untuk
melalui jalan hidup yang terus hambar.
Kuasa yang mereka dapatkan hanyalah untuk
kepentingan diri dan bukan kepentingan rakyat dan itu sebab Malaysia yang
seharusnya hidup mewah kesan sumber asli yang banyak anugerah Allah menjadi
sebuah negara yang banyak sangat masalah kesan pemimpinnya banyak sangat
melakukan mungkar dan dalam diam mereka melawan Allah secara tidak langsung.
Sepatut kuasa yang diperolehi oleh bangsa
melayu itu harus digunakan membawa rakyat ke jalan Illahi dan siap dengan
ketelusan dan keikhlasan untuk menjalankan tugas demi amanah yang diberikan
oleh rakyat agar rakyat yang bukan islam agamanya merasa terlindung tidak
teraniaya seperti kepimpinan di zaman Nabi di Madina dan mekah.
Yang kita lihat di mana-mana saja penuh dengan
kemungkaran, penipuan, sikap olah kepimpinan jalang dan rata-rata
menyalahgunakan kuasa serta penganiayaan yang bermaharajalela secara diam dan
halus dilakukan oleh atasan melalui undang-undang yang mereka setujui.
Hasil negara dirampok dan khazanah negara
sesuka hati dipindah seperti hak sendiri dan yang telus dan jujur mereka
tangkap dan sumbat ke penjara atau yang melawan siap kena hapuskan dengan
alasan-alasan yang tidak masuk akal.
Barua-barua UMNO ada
sana di sana sini untuk mempertahankan perbuatan mungkar hingga kata-kata
mereka seolah kehilangan akal alias seperti orang gila dan itu dinilai oleh
rakyat jelata dan tidak hairan menteri-menteri yang berkusa dikatakan mabuk dedak sebab tidak
lagi betul pandangan mereka. Dan 70
peratus mereka terlibat dengan pelbagai skendal.
Alim ulama yang dulu disanjung dan bila sertai
pemerintah hati dan jiwa mereka jadi kering dan perbuatan mungkar yang berlaku
di depan mata mereka sendiri tidak lagi mereka peduli dan diri mereka sendiri
sebenarnya sama menjadikan diri sebagai perampok dana Tabung Haji, YEPEIM, wang
zakat dan segalanya milik rakyat.
Sesiapa yang melaporkan maka siap akta demi
akta mengikat rakyat untuk ditangkap dan disumbat ke penjara atas kesalahan
melanggar akta yang mereka putuskan sendiri. Makna undang-undang yang ada bukan mahu selamatkan negara
bangsa/rakyat jelata sebalik tujuannya mahu selamatkan kalangan pemimpin yang
korup dan jahat.
Begitulah kita perhatikan kesan perlembagaan
kita berdasarkan barat yang berusaha merosakkan akidah dan secara tidak
langsung menghantar bangsa melayu ke neraka.
No comments:
Post a Comment