NEGERI SABAH MUNDUR PEMBANGUNAN DILUAR BANDAR TERUS TERPINGGIR


Friday March 11.2016

KARYA: SHARLENE SAHRIZAL ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

SECARA umumnya Sabah bukanlah sebuah negeri yang mundur. Sabah cuma mempunyai kelembapan pembangunan terutama dikawasan luar bandar antaranya jalan-jalan  utama yang menghubungkan kawasan luar bamdar dengan jalan-jalan  utama.

Mengenai Pemimpin BN Sabah banyak yang Korup, ini sebenarnya satu tuduhan yang berat dan boleh disalah tafsir jika individu yang membacanya mudah terpedaya.

Korup adalah bermaksud Rasuah,Salahguna kuasa, Menyeleweng.

Oleh itu, Peminpin Sabah yang dikatakan Korup hendaklah mesti dinamakan siapakah Pemimpin Sabah tersebut yang terlibat ? Dan apakah jenis Korup yang pemimpin tersebut lakukan?

Bagi peribari saya sendiri, Pemimpin Sabah bukanlah boleh dianggapkan semuanya Korup, hanya segelintir sahaja kerana rata-rata  Wakil Rakyat Sabah ini bukanlah dari golongan Profesional mahupun berpendidikan.

Sesetangah wakil rakyat Sabah ada diantaranya bekas Pegawai Kerajaan, Usahawan, Broker Tanah, termasuk juga Bekas Pemandu Teksi serta Kaki Judi kaki perempuan dan kaki arak.

Ini adalah realiti latar belakang sebilangan pemimpin Sabah masa ini. Apabila tiba Pilihanraya, calon-calon  sama ada dari Parti UMNO atau Komponen Barisan Nasional (BN)  hanya akan meletak calon berdasarkan atas kapasiti utama iaitu Kroni. Tidak kiralah betapa Bebal atau Bodohnya –Goblok calon berkenaan, tetap juga diletak sebagai calon.

Sebagai contoh, kita ambil layar belakang Wakil Rakyat di kawasan Pantai Timur Sabah, adakah semuanya punya latar belakang pendidikan yang baik? Hanya segelintir sahaja.

Adapun calon-calon daripada parti komponen BN hanya  terdiri dari masyarakat Cina dan empat orang Kadazan yang berdidikan lulusan Peguam-Doktor dan Jurutera

Ditambah lagi apabila ada dikalangan mereka ini tidak faham berbahasa Inggeris, menulis dalam bahasa Inggeris mahupun memahami penulisan dalam bahasa Inggeris, akan tetapi calon sebegitu juga yang diletak.

Tidak hairanlah jika pembangunan beberapa tempat di Sabah lembab kerana mendapat wakil rakyat sedemikian.

Pasa masa ini, mereka wajib menerima media arus perdana yang terbuka luas tanpa sempadan dan hakikatnya jika mereka menolak pemodenan penyampaian maklumat maka mereka akan jauh mundur ke belakang.

Pemimpin Muda UMNO tidak semua berkebolehan dan berkaliber, mereka hanya pandai bercakap hanya berkapasitikan Jawatan mereka. Tak kiralah mereka menjawat jawatan Ketua Wanita Ketua Puteri ataupun Ketua Wanita serta barisan jawatankuasanya di peringkat Bahagian dan Negeri.

Yang lebih lucu, ada yang baru menjawat jawatan di UPPM atau Pejabat Parlimen pun sudah mengalahkan Penampilan Pegawai Kerajaan yang berGred Jusa A atau Turus 1.

Apakah mereka kurang cermin di rumah mereka? Perlu diingat para pembaca sekalian, jangan tengok mereka ini bertali leher, dengan Lounge Suit maka mereka sudah boleh mengeluarkan pendapat melebihi Pakar. Sedangkan Para Penganalisis Politik yang mempunyai Master dan PHD tidak juga berpenampilan sedemikian.

Soal Sabah mundur disebabkan Pemimpinnya yang korup, itu adalah pernyataan yang tidak munasabah pada pandangan saya.


No comments:

Post a Comment