Tuesday
March 02.2016
KARYA: SHARLENE SHARIZAL ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
EKONOMI
Negara kini semakin merundum rakyat semakin hari semakin terdesak dalam
mengharungi kehidupan seharian yang kaya
bertambah kaya yang miskin bertambah papa kedana di tambah lagi beban oleh caj
parking yang diletakan disetiap sudut tempat khususnya di bandar-bandar
satelit.
Mengenai
caj parking yang bakal dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
berkuatkuasa pada bulan Mei ini ramai orang membantah tindakan sedemikian
kerana ini merupakan satu penyeksaan rata-rata rakyat tergolong yang
berpendapatan rendah.
Saya
secara peribadi menyokong bantahan yang diutarakan oleh Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) kawasan Elopura Datuk Au Kam Wah melalui berita yang bertajuk: ADUN ELOPURA (AU
KAM WAH) KECEWA MPS AKAN LAKSANAKAN CAJ PARKING DI BANDAR SATELIT PADA MEI
2016” di mana ADUN tersebut tidak setuju
bagi MPS berbuat sedemikian dan sambil meminta MPS kaji semula sebelum membuat
keputusan muktamat.
Untuk
makluman warga Sandakan, MPS sebenarnya membuat keputusan TERDESAK berkenaan
bukanlah atas keputusan berkepentingan untuk rakyat, tetapi MPS mempunyai
bebanan kewangan yang teruk menyebabkan salah satu jalan mengurangkan masalah
tadbir urus kewangan MPS ini dapat diatasi dan dikurangkan melalui sistem zalim
caj parking kepada para pengguna kenderaan.
Kenyataan
yang dibuat oleh Datuk Au Kam Wah ini
masih belum cukup kuat jika ADUN-ADUN di
Sandakan ini masih duduk berkhayal tengok cerita Drama Uda dan Dara yang
ditayangkan di Prima Asro.
Kenyayaan
tersebut wajib disokong oleh antara 10
ADUN di 5 Parlimen ini untuk menguatkuatkan lagi bantahan terhadap tindakan MPS yang bakal
melaksanakan caj parking itu nanti.
.
Jika
tidak, kenyataan YB Datuk Au Kam wah ini hanya akan jadi kenyataan ibarat lagu
Dato Siti Nurhaliza #BiarlahRahsia.
Oleh
itu, peranan kini adalah sokongan rakan-rakan wakil rakyat Barisan Nasional di Daerah ini
terhadap desakan kepada MPS untuk menghentikan cadangan keputusan berkenaan.
Saya
berpendapat tindakan MPS bakal melaksanakan cak parking akan menimbulkan rasa
kebencian rakyat jelata terhadap
kerajaan BN jika terlaksana caj parking itu nanti ini bakal menyumbang kekalahan calon-calon
BN yang bertanding di kawasan Elopura-Tanjung Papat dan Karamunting dan tiga
kerusi DUN diketika-tiga kawasan tersebut
bakal menjadi milik pembangkang nanti termasuk kerusi parlimen Sandakan
tetap kekal milik DAP.
Adakah
Presiden MPS mahu melihat calun-calun BN
yang bertanding di kawasan-kawasan yang disebutkan itu tumpas di tangan
pembangkang yang semakin hari semakin mendapat respond dan sokongan padu daripada pelbagai suku kaum di negeri
ini termasuk di daerah Sandakan.
No comments:
Post a Comment