Saturday March 19.2016
OLEH: STAFF DAP &
SHAIMON S JUMADI
KENINGAU:-
Ekoran aktiviti kuari di sepanjang Sungai Pagalan Keningau dekat sini adalah
punca kerosakan teruk dan paling serius terhadap
dasar sungai hingga system saliran agihan air masuk ke sawah padi juga turut
terjejas
Pihak
kerajaan harus pandang serius fenomena ini kerana ia jelas menjejaskan mata pencarian
orang-orang kampung berhampiran yang bercucuk tanam khususnya yang mempunyai
bendang sawah padi.
Ahli
Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong
Tien Fatt berkata demikian sejurus selepas
meninjau kelokasi tersebut baru-baru ini.
Hal
ini telah membawa kesusahan kepada penduduk-penduduk di Keningau. Oleh itu,
beliau menggesa pihak berkuasa untuk pandang berat terhadap isu tersebut.
Beliau
membangkitkan perkara tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen
perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.
Berdasarkan
tinjauan yang dibuat oleh penduduk tempatan, paras sungai Pegalan telah jatuh
dengan mendadak daripada paras asal, sehingga menjejaskan sistem agihan air ke
padi sawah dan menjejaskan rezeki petani di Keningau.
Beliau
berharap Kerajaan boleh secepat mungkin mencari penyelesaian dan memberi peruntukkan
untuk membaiki sistem parit pertanian di Keningau supaya rezeki petani di
Keningau tidak dijejas sedangkan 80 peratus penduduk kampung sekitar Keningau
bekerja sebagai petani dan bergantung kepada hasil bercucuk tanam. Aktiviti
bercucuk tanam yang paling utama adalah padi sawah.
Selanjutnya
Stephen Wong juga memberitahu bahawa
walaupun penduduk kampung sudah beberapa kali membuat laporan kepada pihak yang
berkuasa mengenai dengan keadaan air yang tidak mencukupi, jawapan yang sering
kali diberikan kepada penduduk kampung adalah kekurangan dana untuk membeli
minyak, dan tiada peruntukan untuk membaiki enjin. Beberapa pump house langsung
tidak berfungsi kerana enjin yang rosak, ada yang ditimbuni pasir akibat
banjir, saliran sistem pengagihan air padi sawah yang tiada penambahbaikan dan
ditumbuhi rumput yang panjang.
Akibat
daripada air yang tidak mencukupi ini, padi tidak memberi hasil yang baik.
Bukan sahaja hasil pendapatan tuaian padi telah jatuh dengan amat teruk,
panduduk kampung juga terpaksa menangguhkan aktiviti menanam padi kerana
menunggu sehingga bekalan air benar-benar mencukupi dan ada juga yang terpaksa
membatalkan penanaman padi pada tahun ini.
Beliau
mempersoalkan bagaimana kerajaan boleh ambil perkara ini dengan sikap yang
serius untuk membantu petani-petani orang kampung di Keningau mengatasi masalah
ini?
Bolehkah
kerajaan memberi peruntukkan untuk menambahbaik sistem parit di Keningau?
Beliau berharap kerajaan memandang isu ini dengan serius dan beri satu jawapan
yang lengkap bagaimana kementerian boleh bantu dalam isu ini.
Selain
itu, Sungai Pegalan telah mengalami kerosakan teruk dan serius akibat
aktiviti-aktiviti kuari besar.
Bukan
sahaja pam air tidak dapat menarik air ke saluran sistem air padi sawah tetapi
ini telah mengakibatkan hakisan tebing sungai yang teruk. Kesan ini adalah
akibat daripada aktiviti kuari dan pengerokan haram oleh beberapa syarikat
besar yang telah beroperasi selama bertahun-tahun di sepanjang sungai Pegalan.
Beliau
bertanya kenapa kerajaan tidak ambil tindakan terhadap syarikat-syarikat kuari
tersebut yang terlampau menjalankan aktiviti kuari dan pengerokan haram yang
menyebabkan kerosakkan Sungai Pegalan. Ia perlu dihentikan kerana ia bukan
sahaja merosakkan potensi pertanian di Keningau malahan keseluruhan pendapatan
utama petani Keningau sudahpun dijejas dan mengalami kesusahan.
Di
samping itu, beliau juga memberi prihatin terhadap isu harga getah di Sabah
adalah jauh lebih rendah berbanding negeri lain malahan Negara lain. Ini adalah
amat tidak adil bagi orang Sabah. Beliau menanya pihak kementerian kenapa hal
ini boleh berlaku dan bagaimana kerajaan mengatasi masalah tersebut?
Stephen Wong berkata bahawa kerajaan ada
menyediakan inisiatif IPG ke Sabah untuk membantu dan subsidize pekebun dan
penoleh getah, bagaimana ia dijalankan untuk memastikan harga getah setaraf
dengan Semenanjung? Beliau juga juga meminta penjelasan dan maklumat secara
terperinci bagaimana peruntukkan inisiatif itu dibahagi dan berapa orang
dimanfaatkan.
No comments:
Post a Comment