Saturday March 19.2016
OLEH:
STAFF DAP
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:-
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien
Fatt (DAP) melahirkan rasa risau terhadap isu keselamatan di Sabah sekarang
kerana pada bulan February yang lalu, Negara asing seperti UK dan Australia
telah mengeluarkan amaran pelancongan ke Sabah, ia tentu akan membawa impak
yang serius kepada sector pelancongan di Sabah dan menunjukkan kebimbangan
masyarakat antarabangsa tentang keselamatan Sabah.
Oleh
itu, beliau menggesa Kerajaan haruslah ambil sikap yang serius memandang isu
ini, khususnya memberi keyakinan kepada semua pihak, janji dan jamin bahawa
Sabah adalah selamat.
Walaubagaimanapun, Kerajaan telah berulang kali berjanji akan menjamin keselamatan Sabah, tetapi sebenarnya gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sempurna, sehingga membawa krisis keselamatan di Sabah dan meledakan sektor pelancongan yang berpotensi untuk memperkembangakan ekonomi Sabah.

Keselamatan Sabah kini semakin teruk kerana
menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Dr. Ahmad
Zahid Hamidi berkata sebelum ini, ancaman keselamatan Sabah bukan wujud di
pantai timur sahaja, tetapi seluruh Sabah telah diancam oleh “jeneral” dari
“Dinasti Sulu”, pengganas wujud di semua 60 kawasan DUN di Sabah. Hal ini
adalah masalah sangat serius, kerajaan haruslah mengambil tindakan yang tegas
sekali!
Beliau memberi pandangannya bahawa masalah Pendatang Asing Tanpa Izin atau PATI di Sabah pun sudah dikenalpasti sebagai salah satu faktor yang terlibat dalam beberapa kes penculikan dan pencerobohan itu, ia boleh dilihat sebagai ancaman keselamatan kepada Sabah, masalah ini perlu dan pasti diselesaikan.

Tetapi
malangnya, walaupun masalah ini kritikal dan penting, dan seluruh rakyat Sabah
amat menanti-nantikan kerajaan ambil tindakan, tetapi kerajaan nampaknya tidak
ada keikhlasan untuk menyelesaikan masalah ini.
YB Stephen Wong berkata bahawa walaupun laporan RCI telah diumumkan lebih satu tahun, tetapi sampai ke hari ini masih tiada tindakan dari kerajaan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
YB Stephen Wong berkata bahawa walaupun laporan RCI telah diumumkan lebih satu tahun, tetapi sampai ke hari ini masih tiada tindakan dari kerajaan diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Walaupun ada jawatankuasa ditubuhkan untuk
cari penyelesaian, tetapi nampaknya kerajaan hanya nak terus main wayang kulit
dimana langsung tiada keikhlasan dari kerajaan untuk membantu rakyat Sabah
menyelesaikan masalah ini.
Beliau juga percaya bahawa faktor lain yang
menyebabkan masalah keselamatan Sabah adalah kontrovesi isu kedaulatan ke atas
Sabah.
Sulu
tidak pernah berhenti mahu meminta kedaulatan ke atas Sabah dan Kerajaan
Filipina telah pun merujuk Sabah sebagai wilayah Filipina secara terbuka. Hal
ini menyebabkan orang Filipina atau Sulu berfikir Sabah adalah milik mereka,
sekiranya pertikaian ini tidak diselesaikan, maka masalah keselamatan Sabah
tidak akan pulih.
Beliau mengulangi bahawa Sabah bersama Sarawak
dan Malaya telah tubuh menjadi Negara Malaysia pada 53 tahun yang lalu dan
Sabah merupakan sebahagian daripada Malaysia. Fakta ini diiktiraf oleh undang -
undang antarabangsa. Jadi, mengapakah Kerajaan Malaysia masih membayar RM5,300
sebagai pembayaran pemindahan atau pampasan sehingga kebelakangan ini?
Stephen Wong menggesa kerajaan mengambil
perwakilan keras kepada negara-negara yang meminta wilayah Sabah melalui
saluran diplomatik untuk memberi amaran kepada orang-orang ini, untuk
mempertahankan kedaulatan negara.
Beliau
berkata bahawa kontrovesi isu kedaulatan ke atas Sabah adalah faktor penyumbang
kepada ancaman Sabah, terutama masalah pendatang tanpa izin, beliau percaya
kerajaan perlu diberi perhatian serius, dan cadang untuk mendapatkan semula kad
pengenalan supaya orang-orang yang mendapatkan kad pengenalan secara haram
boleh dikenal pasti dan disiasat, agar menyelesaikan masalah pendatang tanpa
izin di Sabah, menyelesaikan krisis keselamatan Sabah dari dalaman.
Selain itu, beliau merujuk kepada surat khabar
pada 1 haribulan March dan mendapati bahawa suspek pembunuh Bernard Thien telah
dibebaskan di Filipina kerana kerajaan Malaysia dituduh gagal menghantar pihak
polis Filipina the true copy of warrant.
Hal
ini amat mengejutkan beliau dan seluruh keluarga mangsa Bernard Thien yang
dibunuh dengan zalim oleh kumpulan pengganas Abu Sayyaf di Filipina tahun lalu.
Suspek pembunuh telah ditahan oleh pihak polis Filipina dan polis Malaysia
ingin bawa dia balik ke Malaysia untuk menerima kehakiman Negara kita. Itu
baik, tapi kenapa kerajaan gagal mengikut prosedur sehingga suspek itu
dibebaskan?
“Kita mahu keadilan ditegak tetapi oleh kerana kecuaian ini, kita bebaskan satu suspek pembunuh yang begitu bahaya. Yang paling membimbangkan ialah, dengan kebebasan suspek itu sebagai pemimpin kumpulan pengganas, kini bila-bila masa pantai timur Sabah akan mengalami kebahayaan lagi”, kata Stephen Wong.
Selanjutnya Stephen Wong bertanya kenapa kerajaan gagal memberi true copy of warrant kepada polis Filipina, kenapa boleh berlakunya kesilapan yang begitu besar sehingga suspek pembunuh dibebaskan?

itu, beliau meminta penjelasan daripada kerajaan kenapa ia berlaku dan apakah
tindakan kerajaan terhadap peristiwa tersebut.
Kesimpulannya,
YB Stephen Wong percaya bahawa selain daripada faktor isu Pendatang Tanpa Izin
di Sabah dan isu kontrovesi kedaulatan ke atas Sabah antara Kerajaan Filipina
dan Sulu, kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab pegawai juga salah satu
faktor sehingga masalah keselamatan Sabah boleh jadi beigtu teruk, sehingga
kerja semudah menyediakan dokumen true copy of warrant pun gagal
dilaksanakan.
No comments:
Post a Comment