DALAM UMNO SENDIRI ADA PENGKHIANATAN SESAMA BANGSA AGAMA SENDIRI


Monday March 14.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogapot.com

DALAM perjuangan parti tiada sesiapa yang boleh dikatakan satu pengkhianatan  kepada bangsa-agama dan Negara  kalau  sesebuah parti  itu berdaftar dengan kerajaan khususnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sebagai sebuah parti politik yang sah disisi undang-undang.

Sebagai contoh seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) parti yang berpuluh-puluh tahun lamanya berjuang di Negara ini dan pergerakan parti itu memang sentiasa diawasi oleh Polis Cawangan Khas (Special Branch)  dari masa kesemasa sehingga sehari ini parti itu masih wujud dan telah berjaya membentuk dua penggal sebagai kerajajan negeri di Pulau Pinang.

Dalam pada itu jadi kalau ada orang-orang Melayu Islam yang kepingin menjadi ahli kepada DAP janganlah pula mereka dicap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu atau agama Islam kerana perjuangan DAP sama juga  seperti perjuangan UMNO yang mengutamakan bangsa Melayu sebagai priority mendapat keismewaan di dalam Negara.

Jadi DAP yang didukung oleh masyarakat Cinapun tidak jauh bezanya dengan UMNO mereka mengutamakan bangsa Cina sebagai keutamaan juga;.
Tidak jauh bezanya dengan MCA parti yang dipimpin oleh kaum Cina begitu keutamaannya menjaga kaum dan bangsanya di Negara ini.

Saya fikir tindakan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang didakwa telah bersekongkol denga  DAP sehingga berjaya menandatangani Deklarasi sefahaman itu tidak salah dan mereka tidak boleh dicap sebagai satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu dan Agama Islam.

Sedangkan dalam UMNO sendiri sesama sendiri telah melakukan pengkhianatan gara-gara mempertikaikan 1MDB dan RM2.6 Billion mereka banyak yang telah menjadi mangsa menyingkiran daripada jawatan dan cabinet.

Jelas UMNO gara-gara beberapa orang yang menjadi dalang dan gunting dalam lipatan juga perasit dalam UNNO seperti Nazri Aziz, Salleh Burung Keruak-Tengku Adnan Mansur Azalinah Othman Said dan beberapa lagi pelesit  hingga beberapa pemimpin yang berpengaruh besar dalam UNO telah menjadi mangsa pembuangan dari pada ahli UMNO sehingga ke jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.

Jadi ini bukan satu pengkhianatan namanya kepada bangsa dan agamanya sendiri.

Sudah jelas  Mahathir dan serta pengikut-pengituknya bekerjasama dengan parti PAKATAN HARAPAN  yang bergabung dengan PKR-DAP AMANAH  ini merupakan satu petandatanda  baik kepada Negara kerana mengurangkan persengketaan dalam organisasi politik  pembangkang  kerana yang sebelumnya musuh ketat kini telah beralih menjadi kawan seperjuangan.

Ramai rakyat di Negara ini terutamanya kaum Cina-India-Kadazan-Dusun dan Murut telah menyambut baik gagasan dan tidakan yang dibuat oleh Mahathir  bersatu dengan para pemimpin PAKATAN HARAPAN.

Para pemimpin UMNO yang suka angkat kaki tukang mengampu dan tukang membodek kepada Perdana Menteri khasnya Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mereka merasa gusar dan gementar takut-takut kalau PRU14 nantu Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO kalah.

Kedudukan MCA MIC Gerakan PBS-UPKO-PBRS dan LDB dalam barisan komponen BN pun mereka kurang senang terhadap tindakan tanduk segelintir pemimpin UMNO  yang suka mempora perandakan ahli-ahli UMNO sehingga berlakunya perpecahan di kalangan sesama sendiri.

Adakah orang-orang seperi Nazri Aziz-Azalinah Othman-Salleh Keruak-Tengu Adnan Mansur-  Ahmad Mazlan- Ismail Sabri dan lain-lain pemimpin yang lain sebagai perasit-pelesit  atau duri dalam daging pada perjuangan UMNO harus kekal mereka berada dalam UMNO yang terang-terang boleh menghancurkan masa depan perjuangan UMNO sendiri.

Para pmimpin UMNO tak usah gentar dan takut kepada bayang-bayang sendiri terhadap parti DAP parti ini sampai bila-bilapun tidak boleh jadi pemerintah di peringkat persekutuan kerana tidak mencukupi kerusi di parlimen melainkan gabungan tiga parti PKR-AMANAH dan DAP baru boleh bentuk kerajaan persekutuan.



No comments:

Post a Comment