ESOK MAHATHIR SIDANG MEDIA UMUM KERJASAMA DENGAN PEMBANGKANG UNTUK GULINGKAN UMNO-BN DAN NAJIB




Thursday March 03.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www. Sabahinsider14.blogspot.com

TUN MAHATHIR....Saya sedia bekerja sama dengan pembangkang untuk gulingkan Najib dan Kerajaan BN-UMNO

PETALNG JAYA: Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan akan mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR esok, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata sidang media petang esok itu bagi mengulas lanjut cadangan membentuk muafakat bersama bagi 'menyelamatkan Malaysia', susulan masalah politik semasa negara.

"Ya, esok kami akan sertai sidang media bersama Tun Mahathir jam 3.30 petang," kata Nurul.

Ini kali pertama Mahathir turut semeja dengan pembangkang khususnya pimpinan PKR termasuk ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi seteru politik utamanya sebelum ini.

Pemerhati politik menyifatkan “dendam” Mahathir menjatuhkan Najib sebagai penggerak utama mantan perdana menteri itu keluar Umno dan kini bermuafakat dengan pembangkang.

Mahathir sebelum ini turut mengadakan pertemuan dengan tokoh DAP Lim Kit Siang dan bersetuju menghadiri perjumpaan dengan pimpinan pembangkang pada 27 Mac.
Nurul mengingatkan Mahathir bahawa kesediaan beliau bermuafakat dengan Pakatah Harapan tidak boleh bersaskan dendam terhadap Najib.

“Bukan isu peribadi, bukan isu dendam, dan marah.
“Tetapi bagaimana untuk merungkai permasalahan dan skandal yang melanda Malaysia menerusi langkah-langkah konkrit untuk menjalankan dan melaksanakan reformasi," kata Izzah.

Beliau akur agak terkejut dengan perubahan pendirian Mahathir yang selama ini mengkritik Anwar dan PKR.

"Pada saya mungkin faktor pertama yang beri kejutan (pada pembangkang), adalah kenyataan Tun Mahathir bahawa beliau sedia untuk berkongsi lokap dengan Anwar.

“Maka sebaiknya kita nantikan dalam sidang akhbar esok secara rasmi apa yang sedang dicadang atau ditawarkan (Mahathir)," jelas Nurul lagi.

No comments:

Post a Comment