AHLI-AHLI UMNO RELA UMNO KALAH PRU14 DARIPADA SINGKIR NAJIB


 Sunday March 20.1026
ULASAN KETUA BIRO-WARTAWAN KANAN
KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com


PETALING JAYA:- Kalau difikirkan apa yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri/Presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad kebanyakan ahli-ahli UMNO rela UMNO kalah pada PRU14 nanti daripada menyingkir Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak  terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Kitapun sedia maklum bahawa orang-orang Melayu bukan saja diluar UMNO (bukan ahli UMNO) 80 peratus sudah menulak UMNO-BN terus menjadi tampuk pemerintahan di Negara ini selagi di bawah kuasa Najib.

Kerana perjuangan UMNO sekarang sudah lari daripada ladasan perjuangan asal yang boleh membawa kemakmuran Negara mengastabilkan politik tanah air dan mensejahteraan ahli-ahli UMNO sendiri.
Najib terlalu mengikut hawa nafsunya yang mudah dicucuk dan batu api oleh kuncu-kuncunya  yang jelas boleh membawa kehancuran bukan saja kepada UMNO bahkan kehancuran kepada diri Najib sendiri yang terlalu percayakan termakan hasutan oleh orang-orang yang kuat mengampu membodek kuat angkat kaki inilah orang-orang dipelihara betul-betul.
Disebaliknya  beberapa orang yang menjadi dalang kehancuran dan perpecahan dalam kelompok UMNO ialah terdiri dari Nazri Aziz, Tengku (Palsu) Adnan Mansor, Azalina Othman Said, Salleh Kepala Keruak, Ahmad Mazlan, Abdul Rahman Dahalan  dan beberapa lagi perasit dalam UMNO mereka ini ibaratkan gunting dalam lipatan dan duri dalam daging berjuang dengan UMNO mereka tidak ikhlas sebenarnya.
Mereka semua nama-nama yang disebutkan itu seperti seekor anjing yang menyak bukit- bukit tetap berdiri teguh namun anjing jadi semput kepenatan.
Begitu juga sifat seperti binatang iaitu Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar Jamal Yunos@ Tongkol tak ubah macam seekor anjing  menyalak sana menyalak sini hingga tergamak mahu membakar semua papan-papan tanda yang bertulis (Bebaskan Anwar) yang terpacak di kawasan Selangor mahu di bakar.
Perbuatannya  hingga di kutuk oleh Ketua Penerangtan UMNO Pusat Datuk Seri Anwar Musa katanya  perbuatan Jamal Tongkol bukan budaya UMNO yang sebenarnya ini adalah perbuatan Ketua Samseng Selangor iaitu Jamal Tongkol sendiri.
Marilah kita sama-sama ikuti teks tulisan Tun Mahathir seperti beriku
Sempena persidangan tahunan UMNO cawangan-cawangan yang bermula minggu ini, Tun Mahathir Mohamad telah menulis sebuah warkah yang meminta pemimpin dan ahli akar umbi UMNO agar bertindak menyelamatkan parti itu dengan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Najib Razak.
Beliau juga meminta supaya pemilihan UMNO dibatalkan penangguhannya, sebaliknya tetap diadakan pada tahun ini juga.
Kedua-dua permintaan itu dikemukakan oleh Tun Mahathir bagi mengelakkan UMNO kalah dan kehilangan kuasanya dalam pilihanraya akan datang ini.
Ini barangkali merupakan peringatan yang sudah banyak kali dilontarkan oleh Tun iaitu sama ada tolak Najib atau kalah pilihanraya?
Tetapi percayalah Tun, permintaan ini tidak akan dipedulikan oleh majoriti Ketua-Ketua UMNO cawangan kerana mereka sekarang terbukti lebih sayangkan Najib daripada UMNO itu sendiri.
Motto pemimpin UMNO mudah saja – dengan menyayangi dan menyokong Najib, bukan saja jawatan dan kedudukan dalam genggaman, malah macam-macam dedak dapat terus dikunyah serta ditelan.
Penulis buku politik terkenal Shahbudin Husin – Foto theantdaily
Mungkin bagi mereka, biarlah UMNO kalah dan kehilangan kuasanya sekali pun, yang penting asalkan dedak boleh terus diperah daripada Najib sebelum akhirnya semua sama-sama karam dan tenggelam.
Maka, biarkan saja Tun Mahathir.
Berikut disiarkan surat Tun Mahathir kepada ahli-ahli UMNO cawangan tersebut:-
Saudara-saudari sekalian,
Assalamualaikum,

Izinkan saya menerangkan sedikit berkenaan keputusan saya untuk keluar dari UMNO. Berbanding dengan pemimpin-pemimpin “UMNO” yang ada sekarang, saya lebih lama berada dalam UMNO. Walaupun saya disingkir sekali dan tinggal UMNO dua kali, saya tidak pernah menyertai parti lain. Saya tetap setia kepada UMNO. Saya sayang UMNO bukan kerana nama-nya UMNO tetapi kerana perjuangannya untuk bangsa, agama dan negara.
​Hari ini “UMNO” tidak lagi berjuang kerana bangsa, agama dan negara. Hari ini perjuangan “UMNO” terhad kepada pengekalan Dato’ Sri Najib sebagai Perdana Menteri. Tidak ada Perdana Menteri terdahulu yang menjadikan UMNO sebagai benteng untuk pertahankan diri, tidak Dato Onn, tidak Tunku Abdul Rahman, tidak Tun Razak, tidak Tun Hussein. Saya juga tidak menggunakan UMNO untuk mempertahankan diri. Bahkan saya, seperti Tunku, rela meletak jawatan.
​Oleh kerana perjuangan UMNO sudah bertukar, maka pertubuhan ini bukan lagi UMNO. Ia sudah jadi pertubuhan lain. Pemimpin-pemimpin yang masih ada dalam UMNO kebanyakannya berada kerana kepentingan diri, kerana takut kepada Najib, kerana dapat nikmat dari Najib. Mereka tidak peduli akan skandal kewangan yang melibat Najib, akan wang berbillion yang ada dalam akaun bank Najib. Sesungguhnya Perdana Menteri Malaysia tidak boleh miliki wang berbillion atau terima wang sebegitu banyak.
​Dalam perjuangan kita perlu menentukan sasaran utama kita. Sasaran kita ialah Najib kerana dia merosakkan imej negara, menjadikan negara yang terkenal didunia sebagai mempunyai amalan rasuah tertinggi.
​Kita lihat di Timur Tengah orang Islam yang anggap orang Yahudi adalah musuh mereka yang sebenar tetapi mereka lebih utamakan permusuhan sesama mereka sehingga mereka berperang sesama sendiri. Akhirnya Israel tepuk tangan melihat orang Islam membuat kerja mereka. Di Malaysia hari ini bukan parti lawan yang menjadi musuh utama tetapi Najib, kerana Najib merosakkan parti sehingga hampir kalah PRU 13. Parti lawan tidak boleh kalahkan kita. Tetapi Najib boleh.
​Najib sudah menjadikan UMNO sebagai parti miliknya sendiri. Malangnya kepimpinan Najib melemahkan parti. UMNO tetap kalah PRU 14 jika dipimpin oleh Najib. Adanya parti lawan sejak merdeka tidak pernah menghapuskan sokongan rakyat kepada UMNO sehinggalah Najib memimpin UMNO. Prestasinya lebih buruk dari Abdullah.
​Yang menimbul masalah dan kepincangan dalam negara ialah Najib. Hutang negara meningkat sebanyak lebih dari 50 billion Ringgit kerana 1MDB. Sebilangan besar dari wang ini sudah hilang. Untuk menampung wang yang hilang ini, Najib menjual tanah Kerajaan yang dibeli dengan harga RM60/- satu kaki persegi kepada Tabung Haji dengan harga RM3500/-.
​Tiba-tiba dilaporkan Najib mempunyai wang sebanyak RM2.6 billion dalam akaun peribadinya di Ambank. Juga wang sebanyak RM42 juta dari SRC ada bersama. Dakwaan kononnya semua wang ini adalah hadiah dari orang Arab tidak masuk akal. Perdana Menteri Malaysia tidak harus terima wang yang sebegitu banyak dari sesiapa pun.
​Pemerintahan Najib kejam. Siapa yang menegurnya disingkir dari parti, dibuang jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Undang-undang baru dibuat untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Najib memasuk dalam tahanan siapa sahaja tanpa dibicara.
​Kerana semua ini saya keluar dari parti pimpinan Najib dan sebagai rakyat negara tercinta ini saya akan sambut desakan ramai rakyat untuk membuat sesuatu bagi mengembali pemerintahan yang adil ke negara ini.
Saya menjemput ahli-ahli UMNO yang sayang kepada perjuangan asal UMNO membantu saya untuk menyelamatkan parti dan negara ini. Kemukakanlah usul undi tidak percaya terhadap Najib sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri di mesyuarat-mesyuarat cawangan UMNO. Usulkan juga agar pemilihan parti tidak ditangguhkan, dan dilaksanakan pada tahun ini juga
​Kita tidak boleh tunggu PRU 14 kerana UMNO yang dipimpin oleh Najib tetap akan kalah. Sekali UMNO kalah ia tidak dapat dipulih semula.
Terima Kasih
Selamat bersidang

Dr Mahathir Bin Mohamad
18 Mac 2016.


No comments:

Post a Comment