Wednesday
March 02.2016
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider16.blogspot.com
ELOPURA:- Wakil Rakyat N.45
Elopura Datuk Au Kam Wah mengutuk, menegaskan dan rasa kecewa atas kedegilan Majlis
Perbandaran Sandakan dalam melaksanakan caj letak kereta di Bandar-bandar
satelit dari Batu 4 hingga Batu 8.
Keputusan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS)
pada keadaan ekonomi yang begitu lemah langsung tidak mempertimbang kesusahan
dan keluhan rakyat Sandakan. Pasa masa yang sama, memaksa wakil rakyat ke
penjuru.
“Bagai tambah garam pada luka. Rakyat sudah
begitu susah, MPS pula mahu melaksanakan polisi untuk tambahkan bebanan rakyat
dan menyebabkan rakyat tambah parah.
Adakah
MPS begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan sehingga tidak menghiraukan hidup
dan mati rakyat Sandakan?” Tegas Datuk Au.
Gambar Hiasan Sahaja
Dalam tempoh 20 tahun yang lepas, Malaysia
mengalami kemerosotan ekonomi yang paling teruk pada kali ini.
Tiada orang boleh meramalkan bila ekonomi
boleh pulih semula. Maka MPS sememangnya tidak patut dan tidak perlu begitu
gesa untuk melaksanakan polisi ini pada ketika MPS masih mempunyai simpanan
berpuluh juta. Warge pekerja terpaksa belanjakan lebih
RM100 hanya bayar caj letak kereta tiap-tiap
bulan nanti.
Tambah Au, sekiranya MPS melaksanakan caj
letak kereta pada ketika ekonomi yang baik, maka pelaksaanan ini boleh rakyat
terima.
Akan tetapi, hakikatnya adalah peniaga
kini sedang risau bagaimana untuk teruskan perniagaan, pekerja risau sama ada
akan digugurkan.
Pada masa aliran wang yang begitu ketat dan
lambat, maka melaksanakan polisi ini tanpa timbang rasa kepada rakyat sudah
pasti tidak akan diterima ramai.
ADUN N.45 Elopura ini telah pun berkali-kali
menghalang MPS untuk melaksanakan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit.
Beliau kini menegas sekali lagi pendiriannya
dan berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan polisi ini. Sekiranya MPS
masih degil, beliau tidak ketepikan kemungkinan untuk melakukan tindakan yang
selanjutnya demi kemuafakatan dan kepentingan rakyat.
No comments:
Post a Comment