Friday March 04.2016
OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com
SANDAKAN:- Tindakan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengenakan caj parking di bandar-bandar satelit yang berkuatkuasa 1hb Mei ini telah mendapat perhatian meluas bukan saja oleh masyarakat setempat bahkan wakil-wakil rakyat kerajaan dan juga pembangkang.
Dalam pada itu Ahli Parlimen Sandakan (DAP) Stephen Wong Tien Fatt turut mengutuk sekeras-kerasnya kedegilan pihak MPS yang meneruskan niatnya bagi melaksanakan caj parking itu di bandar-bandar satelit bermula dari Bandar Kim Fung hingga ke Batu 8 Jalan Labuk.
Wong menyifatkan Presiden MPS James Wong yang berhati hitam langsung tidak mahu memperimbangkan kesusahan rakyat Sandakan dan memaksa rakyat untuk menanggung perbelanjaan yang lebih tinggi
Beliau menegas bahawa sekarang sudahlah rakyat begitu susah, rakyat dipaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Di dalam situasi begini, tidak ada orang boleh mengelakkan diri daripada kemerosotan ekonomi, MPS pula melaksanakan tindakan yang menambah beban rakyat. Bukankah komitmen kerajaan seharusnya mengutamakan kebajikan rakyat dan meringankan beban mereka?
Beliau menyahut pelbagai sebab-sebab yang diberi oleh MPS untuk melaksanakan caj letak kereta adalah tidak munasabah.
Pemilik kenderaan yang meletakan kenderaan berpanjangan masa di kawasan letak kereta awam adalah keperluan asas mereka, di mana tempat itu merupakan tempat kerja atau tempat tinggal mereka.
MPS bukan sahaja tidak mengambil berat keperluan mereka, sebaliknya menyalahkan rakyat dan minta mereka untuk membayar, dan dengan itu meningkatkan pendapatan majlis bandar, hal ini memang keterlaluan dan tidak wajar!
Beliau berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit dari Batu 4 hingga Batu 8 demi kepentingan rakyat.
Beliau berharap pihak MPS dapat menangguhkan pelaksanaan caj letak kereta di Bandar-bandar satelit dari Batu 4 hingga Batu 8 demi kepentingan rakyat.
Beliau juga berharap wakil rakyat BN boleh mengambil tindakan untuk menggesa MPS untuk menangguhkan pelaksanaan polisi tersebut sehingga keadaan ekonomi pulih sedia kala.
No comments:
Post a Comment