PENIPU-KELENTONG RAJA BOMOH MALAYSIA MACAM BOMOH SETCOM SENARIO

Tuesday March 29-2016



OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

BOMOH PALSU......Pembohong dan Penipu Bomoh Tidak Pakai Langsung

 
SESIAPA saja tidak boleh menafikan bahawa Negara Malaysia adalah Negara Islam  dan Agama Islam dijadikan agama rasmi kerajaan.

Di Negara ini juga tidak kurang orang-orang yang bertauliah dan arif dalam pengetahuan ajaran Islam yang tinggi ramai di lantik jadi Ustaz-Ustazah Mufti negeri mufti Negara  sejajar dengan perkembangan Islam di Negara ini.

Yang peliknya ramai begitu para alim ulamak di Negara ini kenapa mereka masih membiarkan kewujudan  bomoh-bomoh  sehingga mencecah 15,000 orang.

Bukan kah humunya haram kalau hamba Allah dan seorang muslim yang mempercayai bomoh bukan kah kurafat atau syirik namanya.

Kalau bomoh memang pandai menilik atau meramal sesuatu perkara yang ghaib orang boleh mempercayainya akan tetapi bomoh di Malaysia saya berani mengatakan bomoh temberang bomoh  kelentong bomoh penipu .

Saya bagi contoh terdekat semasa kehilangan  pesawat MAS MH.370 pada  tahun 2014  terdapat beberapa orang yang bergelar raja bomoh Malaysia kononnya pandai menilik mereka menggunakan teropong ajaib seperti cerita Laksamana DOREMI untuk menengok di mana keberadaan pesawat MH370 itu  sampai kehati ini tiada kesudahannya masih tidak dijumpai sepenunya bangkai pesawat tersebut.

Semasa mereka menilik pesawat MH370  mereka berada di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA) mereka selang duduk diatas tikar sambil membaca mentera  kemudian meneropong MH370.

Perbuatan bomohp-bomoh itu benar-benar amat memalukan  terhadap orang yang bukan Islam perkara ini hingga dijadikan bahan cemohan bahan cacian dan bahan ejekan dan olokan di kalangan mereka yang beragama Islam.

Kenapa para alim ulamak di Negara ini membiarkan kewujudan 15,000 orang bomoh yang terang-terang bertentangan dengan akidah ajaran Islam sebenar kenapa tidak diambil tindakan di mana letaknya Fatwah negara-negeri.

Yang anihnya cara pemakaian bomoh bomoh itu bukan main pakai baju kot bertali leher ala Menteri boleh di katakan bomoh ahli koperat.

Jika betul bomoh Malaysia ini memang champion boleh  tekah atau bercakap dengan roh-roh orang telah mati  atau bercakap dengan jin;.

Coba bomoh Malaysia suruh telek siapa orangnya yang membunuh mendiang Altantoya  kalau bomoh memang handal mereka boleh lilhat dan boleh berintraksi dengan roh Altantoya.

Coba suruh bomoh-bomoh itu datang ke Sabah pergi ke kampung di pedalaman seperti Kampung Penangkau Ulu Sugut berjumpa dengan dukun yang tiada punya pegangan agama  atau pergi ke Keningan jumpa bomoh bangsa murut yang pandai buat lontong perut orang boleh membesar atau kena kelulut.

Saya fikir bomoh-bomoh di Sabah lebih handal lagi  mereka boleh memugai (guna-guna) orang boleh menyantet boleh menilik orang sakit siapa yang buat tetapi mereka tidak mahu menonjol diri mereka.

Raja Bomoh Malaysia raja penipu duit kerajaan maklumlah bomoh mahu cari  makan sedangkan  mereka membaca ayat-ayat Al-Quran tidak betul dari segi sebutannya bukan kah ini kerja kurafat dan tahayul dah syirik namanya.

Bomoh pandai lagi mencampuri urusa hak ehwal politik tanah air penipu besar  dan dikhabarkan bomoh Malaysia akan mengusir-menghalau hantu di rumah Menteri Besar Pulau Pinang Lim Guan Eng  cukup kuat ilmu mereka nanti kena sampuk hantu cina yang tidak maka dengan bacaan ayat-ayat Al-Quran baru padan muka mereka

Bukan semua Jin dan Hantu   takut dengan bacaan ayat-ayat Kursi  kalau Jin kafir hantu kafr di ketawakan saja  mana mereka takut.






1 comment:

  1. Rawatan pengasih ilmu putih jarak jauh/jarak dekat

    -tunang/kekasih berpaling hati
    -minyak pengasih
    -pelaris niaga
    -pelet
    -pemikat
    -buka aura
    -santau sum power
    -pelaris dalam galian
    -santau angin
    -santau tepuk bantal
    -santau patung
    -santau Siam
    -santau di Kedah
    -ilmu pengasih
    -ilmu penunduk
    -buka aura

    Insha allah semua masalah bole selesai berkat ridho dan izin maha kuasa amin...

    WhatsApp +62 822 4631 1483




    ReplyDelete