KALAU MENGHENTAM SESEORANG JANGAN SENTUH AGAMA-BANGSA BOLEH CETUSKAN PERGADUHAN KAUM


Wednesday March 30-2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

PERCAKAPAN YANG TIDAK MASUK AKAL....Macam Malaysia bapanya yang punya

BANYAK orang kalau melepaskan geram dan kemarahan terhadap seseorang pemimpin kah atau sebaliknya mereka terlalu ikut emosi langsung tidak terfikir panjang  lebar main lepas saja sama ada melalui percakapan ataupun melalui tulisan-tulisan di laman social seperti FB dan media portal.

Pertama orang selalu sentuh pasal agama dan bangsa perkara mengungkit-ungkitan agama sama ada agama Islam Kristian Buddha dan Hindu adalah perbuatan terkutuk kerana kalau seseorang yang mengukit-ungkit agama dan bangsa ini boleh menimbulkan kemarahan semua orang  boleh menimbulkan pergaduhan besar di kalangan kita.

Saya sering dapati kalau orang menghentam para pemimpin kerajaan seperti UMNO kah atau pemimpin pembangkang mereka suka menyebut pasal agama dan bangsa ini akan terjadi dan bakal menimpa perkara buruk kepada diri sendiri.

Kalau hendak menghentam pemimpin hentamlah habis-habisan tetapi jangan sentuh pasal agama dan bangsa seseorang itu  ini harus berhati-hati bila hendak mengeluarkan sesuatu perkataan sama ada melalui percakapan mahupun coretan.

Di Negara kita pelbagai bangsa pelbagai anutan kepercayaan agama yang berlainan dan perbezaan budaya.

DESMOND ....Pernah diambil tindakan undang-udang kerana menghina agama Islam


Terdapat beberapa pimimpin kerajaan terlalu lantang suka memaki hamun orang-orang cina dan India sambil mengatakan kalau kamu tidak suka dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) lebih baik keluar dari Malaysia tinggalkan Malaysia.

Perbuatan seumpama ini benar-benar mengiris hati seseorang  bangsa rakyat mempunyai hal mempunyai pilihan hati mana satu parti mereka sokong itu hak asasi mereka sesiapapun tidak boleh menghalangnya walaupun mereka anak isteri adik beradik sekalipun kita tiada hak untuk menghalang mereka “Katakan  kamu mesti sokong BN” undi adalah rahsia undi ditentukan ditangan sendiri.

Sedangkan orang-orang yang berkhidmat dengan kerajaan  belum tentu mereka semuanya sokong karajaan sebab undi di tangan masing-masing.

Jadi sebagai kesimpulan kalau mereka mahu menghentak pemimpin-pemimpin UMNO-BN sebab kita sekarang sedia maklum 80 peratus rakyat marahkan kerajaan BN tapi perlu ingat jangan sesekiali sentuh agama dan bangsa.

Hentam peribadi seseorang itu terpulanglah kepada diri masing-masing kalau menerima akibatnya seperti disaman malu tanggunglah sendiri tidak sesiapa yang menghalangnya.

No comments:

Post a Comment