MALAYSIA YANG MERISAUKAN
( kesan salah guna kuasa/salah pimpin)
( kesan salah guna kuasa/salah pimpin)
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
KEJATUHAN ekonomi dunia memang ketara
dan rasanya semua negara di manapun termasuk yang ekonominya nombor wahid
merasakan sama.
Lebih terasakan Negara-Negara
yang sumber pendapatan kurang dan ini juga didorong kesan kejatuhan minyak
dunia dan secara tidak langsung kejatuhan minyak menyebabkan seluruh negara
terima kesan padahnya.
Bila harga getah jatuh dan
kemudian harga minyak menurun serta ringgit hampir lumpuh maka ekonomi di
Malaysia lebih teruk dan kelihatannya orang kampung yang ekonomi mereka hanya
tertumpu kepada getah, sawit yang merundum harga menjadikan mereka
benar-benar susah.
benar-benar susah.
Paling teruk keadaan mereka
bila kerajaan yang gagal berusaha mendapatkan sumber pendapatan terus
melaksanakan GST dan GST inilah yang benar-benar menyeksa rakyat.
Kegagalan kerajaan menangkis
segala masalah dunia ini menyebabkan banyak syarikat gulung tikar dan lebih
teruk bila skandal demi skandal terus berlaku di kalangan pemimpin UMNO yang
rata-rata semuanya kekayaan mereka melampaui gaji yang mereka terima.
Skandal 1MDB, 2.6 bilion dan
banyak lagi berdasarkan laporan audit negara menyebabkan dunia melihat Malaysia
sebagai negara paling korup dan jawaban demi jawaban terus diberikan tetapi
tiada satupun yang meyakinkan rakyat, malah untuk mengelak terdedah bermacam
akta dicipta demi melindungi kecurangan/skandal yang terus dilakukan oleh
kepimpinan negara.
TV dan media di Malaysia
sekarang tidak lagi berani menyiarkan kesan akta-akta berkenaan dan wartawan
siap diheret ke mahkamah jika terus melanggar peraturan yang mereka cipta dan
jelasnya kebebasan di Malaysia ini sudah menjerat leher rakyatnya sendiri.
Media-media TV dan Utusan
yang kerajaan peggang terus menyiarkan kebobrokan siang dan malam meski
sebenarnya ada kekadang kasus yang diperkatakan tidaklah begitu membahayakan
negara banding dana negara berbilion-billion jumlahnya hingga negara menanggung hutang
mendekat 900 bilion.
Memang media di Malaysia ini
untuk hidup harusnya akur perintah dan tidak dibenarkan menyebar bahan yang ada
kepentingan dengan negara bangsa. Semua kebobrokan dan penipuan pemimpin
disembunyikan dalam poket.
Akhirnya media dan TV-TV di
Malaysia ini cukup memuakkan dan kalau ada yang mengatakan pelbagai maka siap
mereka katakan "kalau tak suka Malaysia, sila tinggalkan Malaysia"
seolah Malaysia milik dato nenek mereka.
Inilah negara Malaysia
dipenuhi dengan penyamun2 dan perompak khianat kalangan kroni suku sakat parti
pemerintah dan kesannya habis dana Tabung Haji, Yapeim, Zakat dan segala macam
menjadi mangsa kerakusan mereka.
Kesian rakyat di
kampung-kampung yang terus susah.
No comments:
Post a Comment