Friday March 11.2016
NUKILAN: ISMAILY
BUNGSU
www:sabahinsider14.blogspot.com
PETANG
semacam ini setelah kerja semuanya usai, mari kita sembang sebentar sedikit
soal kenyataan menteri yang bernama Ismail Sabri dan kemudian kita sentuh
sedikit malaikat yang namanya Azazil.
Cuba
saja kita berfikir sejenak kata-katanya Ismail Sabri yang mengatakan TAK
PERCAYA NAJIB TAK PERCAYA ALLAH dan kenyataan ini memang cukup bahaya dan cuba
saja kita sentuh firman-firman Allah ketika Allah perintah semua malaikat sujud
kepada Adam.
Ayat
Ismail Sabri itu jelas bahawa disamping adanya ALLAH, ada lagi yang berkuasa
lagi hebat daripada Allah iaitu Najib dan tidak hairan pula di bumi Malaysia
ini ramai yang anggap diri mereka Tuhan seperti Tuhan AyahPin yang perintah
kerajaan langit.
Memang
Malaysia ini kalangan rakyatnya selalu saja mencipta ayat-ayat yang cukup power
dan hebat dan akhirnya saya yang bukan lulusan agama jadi takut sebab takut
pula Allah turunkan bala seperti ceritanya kerajaan SABBA yang banyak
diperkatakan dalam al Quran.
Ismail
Sabri sebelum ini memang ada membuat alasan tidak menyamakan Najib dengan Allah
sebalik terkaitkan dengan sumpah Najib.
Kita
percaya sumpah mungkin benar tetapi kita belum tentu percaya orang yang
bersumpah itu sebab seorang pembunuh kala bersumpah sebelum digantung, pasti
tidak akan mengakui salah dan sanggup bersumpah kalau pengakuan itu boleh
selamatkan diri dan menjadikan orang lain/hakim-hakim percaya.
Manusia
inil sifatnya akan usaha melakukan dengan cara apapun penipuan bohongan asal
manusia lain boleh percaya dan apakah kita terus percaya bila seseorang itu
bersumpah dan menyebut perkataan DEMI ALLAH? tentu tidak mungkin.
Apakah
yang menjadi saksi itu sebelum bercakap diangkatnya al Quran dan ia berjanji
bercakap benar? Kita boleh percayakah seorang YB ketika dilantik menjadi
menteri dijujungnya al Quran akan berkerja dengan penuh jujur dan menyimpan
segala rahsia negara?
Tentunya
tidak mungkin semua bisa kita percaya terutama yang terdesak dan tertekan kesan
perbuatannya yang BOBROK dan laknat.
Nah, alasan
Ismail Sabri bukan alasan yang boleh dijadikan alasan dan kenyataan itu jelas
boleh menyebabkan ia dilontar ke neraka dan golongan yang terkutuk?
Kenapa
saya kata begitu? Nah, apakah kita kenal yang namanya malaikat Azazil? Malaikat
Azazil ini sebenarnya antara pembesar malaikat tetapi kesan dia menentang Allah
dan ibadatnya tidak ada guna buat dirinya, dia kemudian disebut/bertukar nama
disebut IBLIS.
Allah
memerintahkan semua malaikat bersujud kepada Adam dan semua malaikat sujud
kecuali Azazil sebab Azazil mengatakan dia yang asalnya dicipta dari Api lagi
baik banding Adam asalnya tanah liat.
Ketika
itu Allah murka lalu berfirman " Maka keluarlah kamu dari syurga;
sesunggunya kamu adalah orang yang terkutuk" Nah, cuba saja kamu fikir-fikirkan
hal ini kenyataan Ismail Sabri dan kasus malaikat Azazil yang terkeluar dari
syurga.
Kemudian
cuba saja kita fikirkan lagi, katakan Allah itu wujud dan bisa kelihatan dan
apakah semua mantan PM dan PM sekarang akan berani mengatakan kepada Allah
begini:
"
Ya Allah yang Tuhanku, itu hukum HUDUD tidak dapat kami laksanakan di Malaysia
sebab ia MENGHURUHARAKAN MALAYSIA dan lagi kalau mahu juga, saya kena mendapat
kelulusan 2/3 MP-MP yang sejumlah 222 orang di Parlimen" Apakah Najib akan
berani mengatakan begitu dan kalau memang berani, bukankah lebih hebat beratnya
banding kenyataan IBLIS itu sendiri?
Ya
Allah, mudah-mudahan Allah ampuni kesan kata-kata mereka yang tidak menggunakan
otak dan akal benar dan makanya Sultan Johor berkata agar menteri bernama Nazri
jangan menggunakan otak Lutut.
Apa
saja pandangan saudara-saudara yang lagi
bijaksana dan tentunya ada yang boleh mengupas kasus ini secara lebih tepat
banding apa yang saya katakan.
Yang
benar dari Allah dan silap itu dari saya sendiri
No comments:
Post a Comment