OLEH: SHAIMON S
JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

Amaran tersebut memang wajar di lakukan dan
mengarahkan semua majlis-majlis tempatan yang ada hubung kait dengan PPR tetapi
kalau hanya setakat melafaskan saja
untuk berkacap bagi menggembirakan rakyat tiada gunanya kalau tidak disusuli oleh “Surat Perkelilingan” atau
memanggil pihak-pihak yang ada kepentingan PPR untuk menhadiri satu mesyuarat
khas khusus untuk membicangkan perkara
PPR yang disewakan tersebut.

Diharap amaran Menteri berkenan khususnya Datuk Abdul Rahman Dahlan itu akan menjadi
kenyataan bukan sekadar omong-omong kosong saja supaya pihak Penguatkuasa
Majlis_Majlis Perbandaran boleh menjalankan pemeriksaan dengan terperinci
terhadap pemilik-pemilik rumah PPR di
satu-satu kawasan untuk mengenal pasti bahawa pemilik sebenar rumah PPR mereka
duduk disitu dan bukan disewakan dengan orang lain.
Sekiranya semasa pemeriksaan
dijalankan jika pihak pegawai berkenaan
tidak memjumpai pemilik asal rumah PPR dan orang lain yang duduk kecuali
ada talian anak- beranak bolehlah dipertimbangkan akan tetapi kalau yang duduk
di PPR itu tiada kaitan keluarga pastinya ini mereka sewakan rumah tersebut
kepada orang lain.
Menurut sumber-sumber yang
boleh dipercayai PPR di Taman Mesra
ada beberapa orang pemilik telah menyewakan dengan orang lain perkara ini jika benar maka pihak MPS harus
segera membuat siasatn mengejut.
No comments:
Post a Comment