Saturday March 12.2016
OLEH: CLEMENT UGHAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
TEBEDU (BINTULU) Dua jentera berat, dua lori dan khemah pekerja
kem pembalakan di sini semalam musnah dibakar oleh penduduk dari 10 kampung
terjejas ketika demonstrasi bantahan keras terhadap aktiviti pembalakan yang
memusnahkan tanah pusaka dan tanaman mereka.
Tindakan
itu jelas menunjukkan kemuncak kepada kemarahan para penduduk, setelah sebelum
ini hanya bertindak merobohkan jambatan balak sebagai gesaan kepada syarikat
terlibat mahupun pihak berkuasa berkaitan menghentikan segera aktiviti
tersebut.
Malah,
demonstrasi yang disertai lebih 500 orang itu bermula sekitar jam 10 pagi nyata
tidak dapat dihalang oleh mana-mana pihak, termasuk anggota polis daripada Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang hadir dengan jumlah anggota mencecah 20
orang daripada Unit Antirusuhan.
PEMBALAKAN HARAM....Penduduk Marah bakar dua jentera berat dua lori dan khemah
Dengan
tempoh perjalanan satu jam menaiki gunung untuk ke kem pembalakan, kehadiran
para penduduk bagaimanapun disedari awal oleh pekerja-pekerja balak yang
terdiri daripada warga asing yang kemudiannya melarikan diri menyebabkan usaha
penduduk untuk menahan mereka gagal.
Gunjar
Jambu, 47, selaku jurucakap yang mewakili para penduduk terlibat berkata
tindakan sedemikian dilakukan setelah mendapati tiada sebarang usaha dilakukan
pihak berkuasa berkaitan untuk menghentikan segera aktiviti pembalakan
tersebut.
“Tahap
kesabaran orang kampung sudah mencapai kemuncak, sudah berapa kali aduan dan
laporan dibuat namun ia (pembalakan) masih berterusan.
“Hak
kami telah diceroboh, malah tanah dan tanaman kami musnah… kami 100 peratus
tidak menyokong aktiviti pembalakan ini,” katanya yang ditemui ketika
demonstrasi bantahan tersebut.
Selain
itu, Gunjar berkata amaran juga sering diajukan kepada pekerja-pekerja balak
supaya menghentikan aktiviti mereka itu namun tidak diendahkan.
“Sebab
itu, kami hari ini (semalam) bertindak membakar jentera dan khemah mereka.
“Namun,
usaha untuk menahan mereka yang dipercayai warga asing dari Indonesia dan
Filipina gagal setelah kesemuanya berjaya melarikan diri,” katanya.
Gunjar
juga sempat menceritakan di mana seorang wanita warga Indonesia, yang
dipercayai isteri salah seorang pekerja balak di situ sempat melarikan diri
pada malam sebelumnya bersama anak yang baru lahir beberapa hari lepas.
Sementara,
Ketua Cawangan Khas IPD Serian ASP Awangku Ahmaddin Awang Wang yang turut ditemui
di lokasi demonstrasi tersebut, berkata pihaknya tidak dapat menghalang
tindakan penduduk terbabit ekoran situasi tegang dan beremosi ketika itu.
“Sebaik
kami tiba, semua jentera dan khemah telah terbakar… keadaan ketika itu amat
tegang dan kami hanya bertindak memantau sahaja,” katanya.
Sehubungan
itu, beliau menyarankan penduduk agar menyelesaikan perkara itu menerusi
saluran yang betul tanpa bertindak terburu-buru.
“Mereka
yang terbabit dalam pertikaian ini, kalau tidak berpuas hati selesaikan di
mahkamah,” katanya.
No comments:
Post a Comment