Tuesday March 08.2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULAH
www.sabahinsider14,blogspot.com
DULU
bila Mahathir umum keluar UMNO ramai yang menangis dan sekarang tidak pula
sebab kekadang tangisan yang di depan mata seolah mengalirkan air mata duyung
alias tidak asli.
Mahathir
cipta nama Malaysia terkenal di merata dan ia punya sikap yang berani dan meski
22 tahun ada juga korup, tetapi Malaysia benar-benar dikagumi dan tiada siapa
dapat menafikan dan banding dengan Najib itu boleh kita bezakan keadaan
sebenarnya.
Memanglah
Mahathir marah sebab kepimpinan 22 tahun tiba-tiba semacam runtuh dan wawasan
2020 menjadi negara makmur tidak menjadi malah dibebani dengan segala macam
hutang yang membengkak ada di pundak setiap 30 juta rakyat Malaysia.
Kenapa
jadi demikian? ketika Mahathir pimpin memang ada krisis ekonomi getah ditekan
dengan getah tiruan, sawit dengan kacang soya tetapi itu dapat diatasi oleh
Mahathir dengan cara dikorek emas hitam/Gas dan minyak serta industri pembuatan
kereta dan jelas barat begitu sukar menekan ekonomi Malaysia.
Zaman
Najib pula jelas gagal dan kejayaannya yang jelas hanyalah diciptanya GST
menyusah rakyat dan hutang membengkak dan dana 1MDB tidak jelas ditambah dengan
derma yang alasan berubah-ubah yang menyebabkan rakyat tidak percaya.
Ketika
Pak Lah pernah meninggalkan UMNO tetapi tidak ramai yang ikut dan jelas dia
juga dihina dan apa jadi di PRU12? bukankah 5 buah negeri terlepas ke tangan
pembangkang. Jangan lupa itu.
Sekarang
Mahathir keluar UMNO buat kali kedua dan ada yang mengatakan dia ini
pengkhianat parti. Mungkin saja boleh dikatakan pengkhianat, tetapi Mahathir
bolehlah dikatakan pengkhianat kepada sang pengkhianat tetapi Mahathir boleh
dikatakan pejuang kepada rakyat banyak yang di bawah sekarang ini menderita
kesan kepimpinan yang cukup menyusahkan rakyat.
Kesan
itu ramai ahli parti pemerintah terkena penyakit HISTERIS yang suka sangat
menyalahkan Mahathir dan rata-rata mereka itu nampak kuman nun di pulau sedang
gajah yang meracau dan gila berkeliaran di depan mata.
Siapa
sebenarnya yang dimaksudkan pengkhianat itu? siapa sebenarnya yang menjadi
pengkhianat kepada rakyat di sekitar 30 juta di Malaysia ini?
Siapakah
yang menyebabkan Malaysia dianggap negara paling Korup di dunia dan negara mana
yang banyak sangat mencipta akta/undang-undang yang antaranya menangkap pelapor
dan pencuri terbiar ketawa terbahak-bahak.
Mereka
berani saman yang bercakap dalam negara tetapi asyik mendiamkan diri bila WSJ
asyik malukan Malaysia kesan menyatakan hal 1MDB dan dana 2.6 Billion serta
terbaru kasus RM1 bilion?
Benar
atau tidak, rakyat mahu kerajaan Saman WSJ dan WSJ selayaknya diajar oleh
kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib dan tentunya Malaysia punya penguam
yang hebat asal jangan pula terlepas seperti BATU PUTIH.
Tapi,
apakah seorang Najib berani menyaman WSJ?
No comments:
Post a Comment