Khamis Mac 31/2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www,sabahinsider14.blogspot.com
SEMUA rakyat
Malaysia asal ikut syarat SPR layak jadi calon dan itu hakikat jelas tak siapa
boleh menafikan.
Meski
demikian kita kena ukur baju di badan sendiri dan berdirilah di depan cermin
dan perhatikan wajah diri sendiri.
Kekadang
ada yang duduki kerusi di parti sudah mula mempopularkan diri dan siap
mengangkat nama sendiri konon layak jadi calon sedang perangai satu macam minum
kopi di kedai main TAPOK-TAPOK semacam karamian dan lokek satu macam dan asyik
mengata orang musuh dicari.
Ada
yang kelulusan tidak seberapa, kerja penghantar surat siap letak jawatan dan
berucap berhujah kelas kambing dan memusuhi orang sudah mula mengatakan konon
dialah paling layak jadi calon dan jadi YB/wakil rakyat di kawasannya.
Kesihan
orang semacam ini kala ini bukan zaman parti perikatan dulu mula merdeka.
Saya
tegaskan parti yang memilih calon election haruslah melihat kelulusan seseorang
itu, meski tiada tetapi bijak macam Abraham Lincoln, ada sedikit dana untuk
bayar deposit, cetak poster, bayar gaji, minyak/sewa kereta dan sebagainya dan
bukan mengharapkan parti semata terutama pembangkang yang memang dana jadi
masalah.
Haruslah
intelek dan bijak berhujah di Parlimen atau DUN sebab yang dihadapi di sana
terdiri kalangan mantan pfrofessor, pakar ekonomi, ahli sejarah, mantan naib
cancelor, peguam dan kalau kelulusan sekadar SRP/SPM dan berucappun macam
bangkatan, baik simpan saja keinginan itu dan jadilah penyokong parti yang
setia macam saya.
Yang
paling saya khuatiri, ada yang yang tidak terpilih siap keluar parti dan
kemudian memburuk-burukkan parti konon kepimpinan hanya memilih
kroni/kawan-kawan sendiri, sedang ia sendiri tidak melihat wajahnya di cermin
kala pagi.
Kita
harapkan hal semacam ini diperhatikan dan elak tangkap muat kala rakyat mahukan
pemimpin yang berwibawa, punya krismas dan bukan YB yang menyampah dan kaki
ampu untuk kayakan diri dan membelakangkan kehendak rakyat semua.
Rakyat
yang berkualiti tentunya datangnya dari pemimpin/YB yang berkualiti bukan pak
angguk dan yang bijak AKTING di pentas terbuka di sekitar kita ini.
Kita
lihat nanti!
No comments:
Post a Comment