DAP SANDAKAN ANJUR PROGRAM KHIDMAT BERGERAK UNTUK DAFTAR PEMILIH



OLEH: SHAIMON S JUMADI
Sabtu Ogos 06/2016

SANDAKAN:- Pejabat Parlimen Sandakan dengan kerjasama Parti DAP Sandakan mengadakan program Perkhidmatan Bergerak (Mobile Service) untuk menyemak daftar pemilih  bagi pengundi-pengundi  kawasan Parlimen Sandakan.

Program itu yang  di adakan di hadapan gedung  pusat membeli-bela (Supermarket  Thai Chung ) Bandar Pasar  Raya Km 7.8 Jalan Utara dekat sini yang bermula dari jam 9.30 pagi  hingga jam 12.30 tengahari mendapat sambutan.
 
Ahli Prlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt berkata  program Perkhidmatan Bergerak Daftar Pemilih itu diadakan  adalah bertujuan untuk menyemak dan mengenal pasti penduduk-penduduk yang berumur antara 21 keastas sudah mendaftar  sebagai pemilih.

Katanya sebagai rakyat dan warga Malaysia  yang sudah berumur 21 tahun  harus mendaftar sebagai pemilih di pejabat-pejabat SPR yang berdekatan  undi anda adalah amat diperlukan untuk menuju  dan penentu arah masa depan Negara.



No comments:

Post a Comment