BUKU BERJUMPA RUAS MAHATHIR SAMAN NAJIB


Thursday March  24.2016

OLEH: ISMAILU BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

INI kali serangan tidak akan berhenti dan gajah sama gajah bertarung semut mati di tengah2 dan begitulah.
Mahathir tidak akan berhenti demi negara bangsa yang ia bina 22 tahun sebagai perdana Menteri.

Mana mungkin ia berhenti sebab Malaysia ke atas kesan tangannya dan tiba2 datang perampok habis khazanah negara dibantai masuk kantung dan mana mungkin dibiarkan begitu saja.

Meski Mahathir kembali kepada Tuhan, siap di belakang akan hadir anak muda lain yang siap menyerang sebab hidup masa depan mereka terserah kepada rang muda dan Mahathir sendiri terpaksa turun ke gelangang semata untuk masa depan negara bangsa.

Hari ini seorang Mahathir Mohamad dan dua yang lain hari ini memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah-laku tort misfeasance dalam jawatan awam.
Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Selain Mahathir, plaintif lain adalah bekas ahli Wanita Umno Langkawi Anina Saadudin dan bekas Naib Ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Najib adalah defendan tunggal dalam tuntutan itu.
Ketiga-tiga plaintif adalah sebahagian daripada gerakan Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.

Mereka memohon perintah mahkamah untuk mengisytiharkan Najib melakukan tort misfeasans dalam jawatan awam dan tort kemungkiran fidusiari dengan menyalah-gunakan kedudukannya.

Menurut mereka, Najib sebagai perdana menteri, pengerusi BN, presiden Umno dengan niat jahat dan mala fide menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran USD700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga memohon perisytiharan yang sama di mana Najib menyalah-gunakan kedudukan beliau untuk mengambil tindakan terhadap Anina dan Khairuddin.
Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Ini kali kerusi PM semakin panas dan Najib teruslah ngomong di TV perdana dan surat akhabar lain siaplah angkat kaki dan menteri2 kroni siap melalak dan sampai waktu akan dirasa langit tinggi rendah.

Sungai Buloh siap menanti atau nanti bicara semula altantuya, kapal selam tak menyelam siaplah gantung hukum mampus dan yang salah tetap salah tidak akan selamat Allah tahu segala tindakan bukan bukunya ditutup oleh sikaki ampu bodek sama khianat terhadap rakyat.



No comments:

Post a Comment