Thursday March 10.2016
GAMBAR KELIHATAN…..Linda (tengah) serta pegawai beliau dan
pemimpin masyarakat meninjau keadaan parit berhampiran Kampung Karamunting
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogaspot.com
BATU SAPI:- Keadaan parit
yang cetek dan kotor berhampiran Kampung Karamunting di Jalan Batu Sapi
mendapat perhatian dari Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin.
Beliau telah meninjau parit yang bergambut tersebut selepas
menerima rungutan dari penduduk-penduduk di kawasan berkenaan.
Hadir bersama ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli
Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou serta pemimpin masyarakat setempat.
Air parit yang mengalir dari bukit di Kampung Bukit Nanas telah
menghanyutkan sampah, daun-daun kering serta kotoran lain ke kawasan terbabit.
Linda memberitahu bahawa beliau akan mengajukan masalah berkenaan
kepada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri untuk tindakan lanjut.
Para penduduk-penduduk di situ dan Kampung Karamunting telah
meminta agar parit yang sedia ada dinaik tarafkan supaya sampah serta sisa
kotoran lain tidak mudah tersumbat setelah dihanyut dari kawasan bukit ke
bawah.
No comments:
Post a Comment