Tuesday March 15.2016
OLEH STAFF DAP &
SHAIMON S JUMADI
www. Sabahinsider14.blogspot.com
KOTA KINABALU:- Negeri Sabah telah
mencapai kemerdekaan menerusi gagasan tanah persekutuan Malaya pada tahun 1963 sehingga kehari ini banyak kawasan yang terletak di pedalaman masih tidak berubah langsung tiada
kemudahan asas untuk dinikmati penduduk berkenaan.
Memang
soal kemajuan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaaan BN tidak boleh
dinafikan tetapi hanya terdapat di kawasan-kawasan yang diwakili ADUN dan MP BN sahaja yang mendapat perhatian sementara
kawasan yang diwakili ADUN dan MP pembangkang langsung tidak dihiraukan
Ahli
Parlimen Sandakan Stephen Wong Tien Fatt (DAP) menggesa Kerajaan Persekutuan
jangan mengabaikan kepentingan Orang Asli Sabah dan memandang berat terhadap
kadar kemiskinan tinggi di kalangan orang asli Sabah. Beliau juga meminta
Kerajaan Persekutuan untuk menambahkan sumber yang lebih banyak untuk Sabah,
supaya masalah pembangunan ketidaksamaan dan tidak seimbang antara Sabah dan
Semenanjung Malaysia boleh diselesaikan.
Beliau memberi permintaan tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.
Stephen Wong juga menyatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik sentiasa mempertahankan semangat persekutuan, institusi dan juga status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia. Prinsip ini tidak pernah berkompromasi.
Beliau memberi permintaan tersebut ketika mengambil bahagian dalam Sesi Parlimen perbahasan ke atas titah Seri Paduka Tuan yang dipertuan Agong.
Stephen Wong juga menyatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik sentiasa mempertahankan semangat persekutuan, institusi dan juga status Sabah sebagai rakan kongsi yang sama rata dalam Persekutuan Malaysia. Prinsip ini tidak pernah berkompromasi.
Beliau berkata bahawa Sabah merupakan rakan kongsi yang sama rata dalam
Persekutuan Malaysia, tetapi di bawah pentadbiran BN, rakyat Sabah khususnya Orang
Asli Sabah masih hidup di bawah garis kemiskinan, yang lagi tragis adalah Orang
Asli Sabah sepatutnya Tuan Tanah Sabah, tetapi akhirnya menjadi warganegara
kelas kedua.
Selanjutnya Stephen Wong juga melahirkan rasa kecewa kerana Timbalan Ketua
Menteri Sabah YB Datuk Raymond Tan Shu Kiah pun mengakui bahawa sudah pasti
Sabah tak mungkin menjadi negeri yang maju menjelang tahun 2020. Malahan, ia
adalah amat menyedihkan bahawa GDP per kapita bagi Sabah adalah dijangka hanya
USD 27,496 jauh bezanya berbanding standard Negara maju iaitu USD 50,000 per
kapita, hanya separuh dari standard Negara maju.
Malahan, ia adalah lebih menyesali untuk mendapati bahawa mengikut laporan
dikeluar oleh United Nation dimana Sabah mempunyai lebih 34 peratus orang asal
adalah berhidup dibawah kemiskinan, perbandingan kadar kemiskinan Sabah
sebanyak 8.1% dan seluruh Malaysia hanya 0.6%, ini menunjukkan Sabah merupakan
antaranya negeri yang paling miskin di Malaysia.
Beliau juga menyatakan bahawa mengikut statistik dari kerajaan, golongan
pekerja di Sabah mempunyai gaji yang paling rendah di seluruh Malaysia.
Median
pendapatan hanya mempunyai RM910 pada tahun 2012, erti kata ada separuh
golongan pekerja dapat kurang daripada RM910 sebulan. Berbanding dengan KL atau
Selangor iaitu RM2000, median pendapatan golongan pekerja di Sabah separuh pun
tak sampai. Ini menunjukkan kesusahan orang Sabah, bukan sahaja orang asal
malah seluruh golongan pekerja.
Beliau berkata bahawa salah satu janji daripada kerajaan persekutuan ketika pertubuhan Malaysia ialah pembangunan di Sabah akan diseragamkan dengan Semenanjung dan kehidupan orang asal akan dinaiktaraf.
Beliau berkata bahawa salah satu janji daripada kerajaan persekutuan ketika pertubuhan Malaysia ialah pembangunan di Sabah akan diseragamkan dengan Semenanjung dan kehidupan orang asal akan dinaiktaraf.
Tetapi
jelasnya, semua ini tidak ditepati malah kehidupan mereka semakin susah.
Lagipun, yang lebih membebankan ialah, harga barangan di Sabah adalah jauh
lebih tinggi daripada Semenanjung Malaysia manakala pendapatan Sabah jauh lebih
rendah berbanding Semenanjung.
Stephen Wong juga berkata bahawa di luar
bandar negeri Sabah, bukan sahaja orang asal sangat miskin dan mengalami
kehidupan yang susah, juga mendapati bahawa banyak lagi kampung-kampung tidak
mempunyai akses air dan elektrik, tidak ada perkhidmatan klinik perubatan,
tiada akses jalan, ada kabel tiada elektrik, ada paip tiada air, sampai ke hari
ini, ramai orang Sabah mengalami kehidupan yang begitu susah. Walaupun Malaysia
tinggal lima tahun kononnya akan menjadi Negara maju, tetapi hakikatnya seperti
hidup di Dunia Ke-3. Ia amat memalukan.
No comments:
Post a Comment