KATA SEPAKAT DICAPAI KERJASAMA DAP-PKR DAN AMANAH DENGAN TUN MAHATHIR TUMBANGKAN UMNO-BN


 Friday March 04.2016
OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN


MAHATHIR.....Saya pastikan UMNO-BN Tumbang pada PRU14 kerana satu pencapaian kerjasama parti-parti pembangkang untuk singkir Najib

PUTRAJAYA:- Dalam sidang media mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pagi tadi di Putrajaya antara lain menyarankan parti-parti pembangkang seperti DAP-PKR dan AMANAH  seharus bersatu tenaga untuk menguburkan UMNO termasuk Najib  juga.
UMNO perlu digulingkan daripada terus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak  seorang pemimpin yang terlalu banyak melakukan korup kenapa harus dipertahankan” Kata Mahathir.
 “Parti itu perlu digulingkan.

“Tetapi pembangkang tidak mempunyai majoriti,” kata Mahathir ketika ditanya sama ada Umno perlu disingkirkan.

Antara ungkapan songsang bekas Perdana Menteri yang paling lama berkuasa di Malaysia dengan cara kekang siapa sahaja yang melawan cakapnya. Ungkapan sebegini adalh biasa bagi Mahathir dan ianya mempunyai maksud yang amat mudah untuk difahami, Mahathir ingin mengajak semua rakyat Malaysia agar menyerahkan kuasa pentadbiran kepada DAP, PKR, PAS danPAN. Dengan kata lain, kuburkan UMNO.
Sambil itu Mahathir juga menolak sebarang harapan mengenai usul undi tidak percaya terhadap Najib kerana katanya, ahli parlimen Umno tidak mempunyai keberanian untuk berbuat demikian.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Putrajaya semalam ketika mengumumkan bahawa dirinya akan keluar Umno.

Sebelum majlis itu, Mahathir berjumpa dengan beberapa pemimpin pembangkang termasuk, Datuk Mujahid Yusof Rawa, Dr Hatta Ramli, dan Hanipa Maidin dari AMANAH dan naib presiden PKR Tian Chua.

Beliau berkata mereka berbincang dan bersetuju bahawa Najib perlu disingkirkan.
Ditanya apa langkah seterusnya, Mahathir mencadangkan sebuah gerakan utama bersama parti pembangkang untuk menyelaraskan usaha memerangi Najib.
“Ia belum lagi ditubuhkan. Saya berharap sebuah gerakan utama dapat menunjukkan komitmen mereka dengan menandatangani deklarasi bersama.
“Kita bersetuju untuk satu perkara, iaitu menyingkirkan Najib,” katanya.
Namun, menurut Mahathir, dirinya tidak akan mengetuai kumpulan teras itu.
“Saya akan jadi seorang daripada (ahli) mereka bukannya ketua,” kata Mahathir.
Mahathir hari ini mengumumkan keluar Umno atas alasan parti itu sudah lari daripada landasan perjuangan sebenar sekarang sesiapa saja pemimpin yang mempertikaikan kes 1MDB dan juga RM2.6 juta pastinya mereka akan disingkir daripada jawatan dan juga keahlian UMNO kerana Najib anggap sesiapa yang suka mempertikaikan soal 1MDB dan juga kes RM2.6 juta adalah musuh ketat Najib.
Sementara pemimpin DAP-PKR dan AMANAH mengalu-alukan kerjasama antara Mahathir dengan pihak pembangkang yang mempunyai ala tuju untuk menggulingkan UMNO-BN pada PRU14 nanti.
Katanya lagi MCA-MIC GERAKAN-PBS-UPKO-PBRS dan LDP juga akan keluar pada masa terdekat ini kerana kaum India-Cina  Kadazan-Dusun dam Murut sudah hilang keyakinan terhadap pimpinan Najib sebagai Perdana Menteri yang terlalu condong dalam melakukan perkara-perkara songsang.
“Saya sendiri akan menemui para pemimpin parti-parti komponen BN itu pada masa terdekat ini untuk mengajak mereka keluar dari pada BN dan kemudian menyertai Parti DAP-PKR dan AMANAH.” katanya



No comments:

Post a Comment