Friday March 18-2016
OLEH: KAMARUDDIN ZAMAN
www.sabahinsideer14.blogspot.com
KUALA LUMPUR : Seorang Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57,
menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di
sini.
Adnan dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan
angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada
alat bantuan pernafasan.
Jenazah Adnan akan disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan
di Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era
1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat
lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi
penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.
Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti
Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi
karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat
Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih. Sumbangan besarnya dalam
industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada
Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.
Kami Wartawan dari media portal The Sabah Insider.Net mengucapkan salam takziah kepada keluarga arwah Adnan Abu Hassan marilah kita sedekahkan Al Fatihah....amin semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh.
No comments:
Post a Comment