KERUSI DUN ELOPURA-TG PAPAT DAN KERAMUNTING BAKAL DIMILIKI OLEH DAP PADA PRU 14. JIKA MPS MENERUSKAN NIAT MENGENAKAN CAJ PARKING DI BANDAR SATELIT




Saturday March 05.2016


OLEH: CHARLES P ANDIANG
www.sabahinsider14.blogspot.com


KOTA KINABALU:- Langkah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bakal mengenakan caj parking dari  Bandar Kim Fung hingga Bandar Sibuga Jaya batu 8 Jalan Labuk benar-benar akan menyusahkan rakyat.

Dalam pada itu baru dua orang  sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura (BN) Datuk Au Kam Wah  dan Ahli Parlimen Sandakan  (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt yang berani membantah tindakan MPS bakal melaksanakan caj parking  di kawasan Bandar-bansar satelit  berkuatkuasa pada Mei depan harus mendapat pujian kerana mengambil berat tentang masalah rakyat.

Sementara Wakil-Wakil Rakyat ADUN dan Ahli Parlimen BN-UMNO seorangpun tiada berani mengeluarkan satu kenyataan bagi membantah cadangan MPS yang mengenakan caj parking tersebut.

Seandainya ada suara-suara sumbang daripada ADUN-ADUN-MP BN yang lain turut membantah tindakan MPS mengenakan caj parking di kawasan bandar-bandar satelit sudah tentu pihak MPS khususnya Presiden MPS akan menimbang semula cadangan  tersebut sebelum sampai masanya.

Rakyat tentu marah dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudahlah harga barangan melambung tinggi ditambah  lagi dibebani  dengan caj parking lagi bukankah namanya  menyusahkan rakyat yang tergolong pendapatan rendah.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Portal The Sabah Insider.net  Jun Pacifico Abdullah  (Gambar) ketika mengulas dua kenyataan ADUN Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan yang turut membantah tindakan MPS untuk berbuat demikian.

“Saya kurang setuju tindakan MPS melaksanakan caj parking di kawasan Bandar-bandar satelit kerana bagi mereka  yang bekerja untuk meletakan kereta mereka tidak panjang masa akan tetapi mereka yang tinggal di bangunan-bangunan  flat berkenaan sudah tentu mereka meletakan kereta mereka  sehari suntuk masa begitu panjang” katanya.

“Katakan caj parking dikenakan setengah jam RM.50 sen  jika hingga satu jam RM1.00 X 8 jam berapa sudah jumlah RM8.00 sehari kalau 30harixRM8.00 RM240.00 sebulan mampu kah rakyat sebulan membayar parking fee berjumlah sebanyak itu” tambahnya.

Saya berharap Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Ling ADUN Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya, ADUN Karamunting Charlie O Pang, ADUN Tg Papat Datuk Raymond Tan, ADUN Sungei Sibaga yang juga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman, ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakaria Hj Edris dan Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Ajirol dapat menyuarakan hal ini demi kepentingan rakyat di daerah Sandakan yang bakal berdepan dengan masalah baru.” Tegas Jun.


 
Bagi pendapat dan pandangan saya tindakan MPS bakal mengenakan caj parking tersebut akan menjejaskan sokongan padu terhadap kerajaan BN kerana masyarakat cina kalau sudah marah dengan pemimpin  BN sukar dipujuk rayu walaupun  mereka dibagikan kemudahan mereka ambil akan tetapi mereka tetap mengundi kepada calon-calon pembangkang yang bertanding di  kawasan DUN Elopura-Tanjung Papat, Karamunting dan Parlimen Sandakan.

Bukan macam prinsip  orang-orang Melayu senang digula-gulakan oleh  para pemimpin UMNO-BN di kasih tangki biru beras 10 kg wang saku RM50.00 mereka sokong BN inilah para pemimpin BN harus berfikir sebelum terkena pada batang hidung sendiri.

Pada PRU14 nanti kerusi DUN Elopura-Tg Papat dan Karamunting tetap jatuh ketangan DAP begitu juga kawasan parlimen kekal milik DAP sebab tiga-tiga kawan DUN itu mejoriti undi Cina  saya cakap bukan andaian akan tetapi akan menjadi kenyataan.


















No comments:

Post a Comment