BUKAN KERANA UMNO ORANG TAK DAPAT MAKAN NASI



Friday March 11.2016

KARYA: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

KALAU bercakap biar guna otak benar bukan otak lutut. Ada title doktor konon tetapi otaknya melembu dan satu lagi sudah tua botak tetapi seolah tidak tahu hukum agama.

Apakah nasi yang kita makan ini kerana UMNO? di negara lain seperti Brunei, Indon, Singapura, Thailand, Jepun dan sebagainya tiada UMNO tetapi makan nasi juga. Apakah itu kerana UMNO?

Ada orang UMNO ini sudah terjangkit virus LALI kesan tua bangka dan lupa diri sebab selalu bercakap ikut otak lutut dan mana mungkin Nasi yang kita makan ini kerana UMNO.

Adakah UMNO kasih nasi atau UMNO tanam nasi dan rata-rata rakyat bertanam padi tetapi orang kaya selalu datang mencuri dan dikatakannya kerana UMNO. Gila kamu!

Berhentilah bercakap yang mengarut royan macam orang gila dan bercakaplah atas kebenaran dan hukum-hukum Allah dan semua rezeki dari Allah dan kita semuanya yang berusaha dan bukan kerana UMNO dan tanpa UMNO kita terus dapat rezeki dan rezeki tidak akan ada jika kita tidak berusaha.

Kedua pula kenyataan Datuk itu katanya BERDOSA bayar zakat terus ke fakir miskin tanpa melalui kerajaan. Dari mana dia mendapat hukum ini? Hukum kepala otaknya yang rosak.

Zaman dulu orang tua kata mereka terus membayar zakat kepada yang miskin secara direct tanpa melalui kerajaan dan apakah orang2 dulu itu boleh dikatakan berdosa dan masuk neraka?

Jangan fikir rakyat bodoh dan sesudah dibayar ke kerajaan dan wang banyak, lalu yang di atas SUNGLAP itu duit macam duit YAPEIM habis dikerjakan dan setelah dikuiri, segala chairman dan ahli lembaga pengarah terdiri keluarga wanita UMNO kelantan yang bergaji/elaun juta terus letak jawatan dan jelas ada perbuatan yang melampau kesan menipu dan makan duit derma khas untuk anak yatim dan orang susah.

Sebelum ini wang zakat juga diguna untuk bayar guaman seorang menteri dan itu memang bertentangan dengan peraturan penubuhan wang zakat dan kalau demikian, bagaimana rakyat mahu bayar terus ke pejabat Zakat?

Lain kali duhai seorang doktor dalam UMNO dan seorang Datuk yang main hentam keromo agar sebelum bercakap guna otak dan akal anugerah Allah dan jangan main lontar tidak senonoh dan akhirnya terkena batang hidung sendiri. Itu kan tidak baik bila orang tua ada title datuk kena hentam. Malunya di mana mahu simpan? Apa rasanya? oren?


No comments:

Post a Comment