Thursday March 24. 2016
FOTO
MENUNJUKKAN……Siti Terpilih Pentah berterima kasih kepada Zakaria atas
keprihatinan beliau terhadap masalah beliau
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM:- Keprihatinan Datuk Zakaria
Haji Mohd Edris terhadap masalah rakyat telah menyentuh hati seorang ibu
tunggal yang tinggal di sebuah rumah papan yang daif di Kampung Gum Gum bersama
tujuh orang anaknya.
“Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Zakaria kerana memberi
bantuan kepada kami yang memang sangat memerlukannya (bantuan),” kata Siti
Terpilih Pentah, 46, kepada media selepas menerima sumbangan daripada Zakaria
kelmarin.
Siti
berkata beliau bangga kepada Zakaria kerana sumbangan ini, menunjukkan
keprihatinan Zakaria sebagai seorang pemimpin yang sentiasa peka kepada
kebajikan dan keperluan penduduk di kawasan DUN Gum Gum.
Siti
telah menetap di kampung berkenaan sejak beliau dilahirkan pada tahun 1970.
Enam dari anaknya kini berada dibangku sekolah dan beliau berjual makanan untuk
sara hidup setelah suaminya meninggalkan beliau serta anak-anak mereka.
Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Zakaria Haji Mohd Edris telah menyampaikan
sumbangan peribadi serta barangan keperluan harian dan bahan pembinaan
kepada Siti semasa melawat Siti dan anak-anaknya di rumah mereka.
Menurut
Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri,
beliau turut mengarahkan pegawai-pegawai UPPM DUN Gum Gum untuk mengenalpasti
jenis bantuan kebajikan yang dapat diberikan kepada Siti.
Beliau
juga memberitahu bahawa pihak Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar dengan kerjasama
pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengadakan gotong royong untuk
membantu membaik pulih rumah yang diduduki oleh Siti.
Hadir
bersama dalam lawatan Zakaria ialah Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji
Awang Supain, pegawai-pegawai MPS dan Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri,
Pegawai Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan DUN
Gum Gum Rosly Aziz serta kakitangan UPPM DUN Gum Gum dan pemimpin masyarakat
setempat.
No comments:
Post a Comment