Thursday March 10.2016
DARIPADA:
JULAZLI SHI AHMAD
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah.
Graduan Master Sains Politik UKM 2015.
Pengasas Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah.
Graduan Master Sains Politik UKM 2015.
MENGAPA Gerakan Anak Muda Mahu Selamatkan Sabah?
Ini adalah sebabnya.
Kalian tahu apa
perasaan saya setalah tamat belajar ilmu politik secara formal di menara
gading?
Saya semakin tahu
bagaimana pemerintah sekarang sama ada dia berkerja untuk rakyatnya atau
berkerja untuk memperkayakan generasi dan kroni mereka. Sistem ini sudah lapuk
dan diketahui. Cuma generasi kami ditakut-takutkan dan diperbodohkan.
.
.
Generasi kami mahu
menyelamatkan perkara ini dan kami sanggup mati mempertahankan hak kami. Kami
bukan YB.
Kami tahu. Tetapi kami
adalah anak muda Sabah yang bertanggungjawab untuk menyelamatkan generasi kami.
53 tahun Sabah merdeka. Mustahil dalam tempoh ini negeri ini tidak boleh maju
dan selesaikan masalah kemiskinan? Ini bukan salah masyarakat dan generasi
kami. Ini salah pemimpin korup.
.
.
Sangat sadis dan
menyedihkan.
Menyedihkan sehingga membuat kami menangis melihat nasib keluarga kami sendiri, keluarga sahabat-sahabat kami dan saudara-saudara kami. Kalau kalian fikir ini kerja meraih populariti, kau silap. Ini perjuangan untuk selama-lamanya bermula saat ini untuk generasi kami dan generasi masa hadapan.

13 tahun Musa Aman
memerintah Sabah. Berdasarkan pembacaan dan kajian menyeluruh gerakan ini
lakukan, soalan kami kepada Ketua Menteri Sabah ialah:
"Sabah ialah negeri paling kaya dengan sumber alam. Namun masyarakatnya paling miskin di Malaysia. Pergi mana pemimpin kami bawa lari kekayaan ini?"
"Sabah ialah negeri paling kaya dengan sumber alam. Namun masyarakatnya paling miskin di Malaysia. Pergi mana pemimpin kami bawa lari kekayaan ini?"
Enough is enough Datuk
Musa Aman. I respect you as my leader. But this is too much. Tidak kesiankah dengan
masyarakat yang susah di negeri Sabah?
.
.
Allah akan balas semua
ini. Islam tidak pernah menghalalkan sistem pemerintahan berasaskan pembodohan
yang mengabaikan rakyatnya. Dan Islam mengizinkan kami untuk bersuara secara
rasional berasaskan bukti.
.
Dengan 37,965 isirumah, Sabah juga mempunyai bilangan isirumah yang tinggal di penempatan setinggan tertinggi di Malaysia pada tahun 2009, setara dengan 38.3% daripada jumlah keseluruhan sebanyak 99,022 “squatter households” atau isirumah setinggan di Malaysia.Maka, berdasarkan pada kadar kemiskinan dan beberapa penunjuk berkaitan kemiskinan lain pada tahun 2009, Sabah sememangnya negeri termiskin di Malaysia dan jauh ketinggalan dari segi “soft and hard infrastructure”.

Kadar kemiskinan Sabah
pada paras 19.7% atau 19.2% jika digabungkan dengan Labuan adalah yang
tertinggi di Malaysia, lebih lima kali ganda kadar kemiskinan nasional pada
3.8% atau empat kali ganda kadar kemiskinan Kelantan yang digembar-gemburkan
oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai negeri termiskin di
Malaysia.
.
.
Malah, kemiskinan di
kalangan etnik minoriti di Sabah adalah lebih teruk pada paras 22.8% berbanding
dengan hanya 6.4% di negeri jirannya, Sarawak.
Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35%.
.
Kesempitan hidup lebih mencengkam di kawasan jauh daripada kota dan bandar di Sabah di mana kadar kemiskinan luar bandar sangat tinggi pada paras 35%.
.
Menurut hasil kajian
World Bank’s 2010 Malaysia Economic Monitor, paling ramai rakyat miskin di
Sabah boleh ditemui di kawasan luar bandar terutamanya di kalangan etnik Rungus
di utara, Orang Sungai di timur dan etnik Suluk di timur. Terdapat juga rakyat
miskin dalam komuniti lain termasuklah keturunan Tionghua di kawasan bandar.
Sabah juga mencatatkan kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia.
.
.
Tuntas,
Gerakan Anak Muda Selamatkan Sabah akan menuntut 6 perkara utama kepada semua pemimpin di negeri Sabah dan kerajaan Persekutuan. Matlamatnya hanya satu, kami mahukan masyarakat Sabah dimajukan dan negeri kami sayangi ini dimajukan dengan sejahtera.
.
P/s: Jika setiausaha Ketua Menteri Sabah dapat baca fakta ini, sampaikan salam kasih sayang dan #respect kami kepada Musa Aman.

No comments:
Post a Comment