POLIS HARUS SIASAT LATAR BELAKANG ADNAN MANSOR YANG MEMBAWA GELARAN DIRINYA TENGKU SATU PEMBOHONGAN

  

Khamis Mac 17.2016


OLEH: MUTHUSAMY A/L KARUNAKARAN
sabahinsider14.blogspot.com

KENYATAAN  setiausaha Agung UMNO Tengku (Palsu) Adnan Mansor yang menyifatkan Tun Mahathir Mohamad  sebagai seorang gila  kerana sanggup bekerjasama dengan parti pembangkang khususnya DAP adalah kenyataan berbentuk biadap dan kurang ajar terhadap mantan pemimpin Negara yang terlalu banyak menabur jasanya kepada negara.

Pemimpin Negara nombor satu kalau terlalu banyak melakukan perkara-perkara songsang dan kemungkaran  harus  disingkir melalui kerjasama dengan barisan parti-parti pembangkang khasnya DAP-PKR dan AMANAH demi menyelamatkan Negara Malaysia yang bakal terhakis.

Kenapa Adnan Mansor tidak sedar akan dirinya yang membohongi rakyat jelata  termasuk para pemimpin UMNO bukan saja  dari peringkat cawangan akar umbi bahkan melibatkan pemimpin peringkat Bahagian,Negeri dan Persekutuan mentah-mentah dan bulat-bulat ditipu oleh Adnan Mansor yang menggelar dirinya sebagai keturunan darah sultan Melaka sedangkan beliau (Adnan) di lahirkan di Pulau Pinang.

Yang anehnya kenapa para pemimpin UMNO  takutkan DAP kalau-kalau DAP satu hari kelak menjadi tampuk perintahan kerajaan Malaysia di peringkat Persekutuan.

Berkali-kali di jelaskan oleh Lim Kit Siang DAP tidak boleh jadi kerajaan sepenuhnya diperingkat persekutuan tanpa adanya kombinasi parti-parti pembangkang yang lain seperti PKR dan AMANAH sebab kerusi yang diuntukan oleh kerajaan kepada DAP memang tidak mencukupi di parlimen untuk membentuk kerajaan DAP, bakarangkali kerajaan Negeri seperti di Pulau Pinang.

Inipun ahli-ahli UMNO masih tidak faham dan jelas takut kepada bayang-bayang sendiri  takutkan DAP kalau DAP jadi pemerintah negara, kemungkin pada PRU14 nanti akan jadi kenyataan apa bila MCA-MIC dan GERAKAN keluar daripada gagasan Barisan Nasional (BN) sebelum atau selepas PRU14 kelak tidak mustahil perkara ini tidak boleh berlaku.


Paling ketara sekali orang-orang Melayu  yang jadi ahli UMNO 100 perartus bencikan bangsa Cina dan India kalau di Semanjung suka maki hamum  menghalau kalau cina-india tidak sokong BN  disuruh keluar dari Malaysia.

Tetapi di Sabahpun sama juga orang-orang Bumiputera Islam yang menjadi ahli UMNO  begitu juga bencikan orang-orang Cina-Kadazan-Murut dan Dusun.

Perbuatan mereka ini membolehkan parti-parti komponen BN seperti PBS-UPKO-PBRS dan  LDP juga akan keluar meninggal BN sebelum dan selepas PRU14 nanti kerana mereka sudah meluak melihat gelagat orang-orang UMNO yang 100 peratus bongkak dan sombong.
  
Sambil itu pihak polis harus membuat siasatan latar belakang Adnan Mansor yang dirinya adalah keturunan darah Sultan Melaka sehingga membawa gelaran dirinya Tengku palsu

No comments:

Post a Comment