Thursday March
24.2016
OLEH: NURLIYANA
ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com
ADA kalangan kita puji
Sarawak terbaik. Apanya yang terbaik? Sarawak juga negeri kaya hasil tetapi
termiskin nombor empat di Malaysia. Saya tanya ulang lagi, apanya yang terbaik?
Benarlah
di sana dipimpin oleh parti lokal dan UMNO tidak ada di Sarawak, tetapi parti
lokal yang berkuasa itu sertai BN dan sama juga WANG DISATUKAN
Malaya
kuasai dan kuasa federal masih juga BN/UMNO/Malaya yang control dan BN/UMNO
kita tahu kuraptor sisih Sabah dan Sarawak.
Sarawak
dan Sabah memang lebih kurang keadaannya dan cuma saja Sarawak itu lantikan CM
bawah TYT Sarawak sendiri tiada campur tangan UMNO tetapi meski demikian
Menteri-menteri
Sarawak
yang monopoli kuasai harta termasuk tanah seluas-luasnya milik mereka dan kroni
dan kesannya rakyat kalangan Iban, Dayak menderita susah.
Kemudian
jalanraya di Sarawak kurang diperhatikan dan di sana jalanrayanya ialah sungai
dan untuk sampai ke suatu lokasi kekadang berminggu lamanya dan di sana lebih
teruk banding Sabah.
Kehidupan
di ulu-alu jauh di pedalaman atau persempadanan memang teruk sangat banding di
Sabah dan kerana itu saya perkatakan, apanya yang terbaik?
Paling
teruk juga demokrasi yang dilaungkan tidak menjadi di sana sebab CM selaku yang
berkuasa hal keselamatan halang pemimpin PKR yang usaha menerangkan keadaan
sebenarnya dianggap penjenayah meski mereka berkata benar dan ini merupakan
satu penekanan buat politikus. Mana dia kebebasan yang dilaungkan?
Mereka
kalangan politikus bukan penjenayah yang sesuka hati dilarang dan adnan rasanya
salah guna kuasanya dan ini secara tidak langsung mencalar kebebasan bersuara
dan apa maknanya kebebasan bercakap dalam perlembagaan dan apa gunanya
dilaungkan demokrasi itu?
Memang
Adnan ini jenis menekan.
Keadaan
yang sekarang ini bila mana Najib dalam keadaan tersepit, maka di situ Adnan
mengambil peluang untuk menuntut segala macam termasuk menaikkan pemberian
hasil minyak tetapi hingga sekarang belum ditunai dan yang pasti kerajaan
federal tidak akan menambah angka 5%.
Sebenarnya
Adnan berusaha menangguk ikan di air keruh dengan harapan rakyat melihat ia
seorang pejuang dan dengan demikian mungkin rakyat akan menyokong dia dan orang
Cina di Sarawak tahu sangat permainan ini.
Dilihat
Adnan ini pemikiran terbagi dua sebab ia lihat BN dalam keadaan tidak menentu
dan untuk selamatkan keadaan sesudah PRU-14 bila BN kalah, maka ia dengan mudah
menyebarang dan inilah politik bijak tetapi orang semacam ini mungkin saja ia
dianggap lalang nanti.
Kita
lihatlah apa sudahnya nanti dan tentunya KL melihat Adnan ini sebagai mutiara
terpenting untuk selamatkan kuasa BN sebab PRU lalu PR kalah 33 kerusi sahaja
dan ini kesan bantuan Sabah dan
Sarawak
yang yb MPnya sejumlah 44 kerusi bantu BN yang menyebabkan BN berkuasa semula
selepas PRU-13.
Ular
menjalar lingkar kena perhatikan!
No comments:
Post a Comment