NAJIB JANGAN LETAK JAWATAN BIAR TERUS MENTADBIR NEGARA HINGGA BANKRUP


Wednesday March 09.2016

OLEH: NURLIAYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

DALAM politik mesti ada STRATEGI sama seperti dalam angkatan tentera. Strategi itu penting sebab politik itu sendiri maksudnya MUSLIHAT dan siapa bijak muslihat maka yang berkenaan bakal berkuasa dapat menambat hati rakyat.

Politik sekarang tidak sama dengan politik Nabi yang dinamakan SIASAH. Politik sekarang banyak sangat muslihat sebab di mulut kata mereka ikut undang-undang  sedang mereka sendiri melanggar undang-undang  dan itu sebab dicipta banyak AKTA tujuannya untuk kepentingan pemimpin yang memerintah bukan rakyat banyak.

Sekarang ini diuar2kan Najib harus letak jawatan dan saya melihat itu satu lakonan yang tergolong dalam dunia STRATEGI politik dan ramai tidak tahu permainan ini dan itu sebab ramai yang di belakang asyik menyokong dan terus menyokong tanpa tahu strategi sebenarnya.

Gelombang suara NAJIB undur disertai dengan fakta skandal demi skandal dan itu sebenarnya membuka mata rakyat dan sekaligus bila ramai yang bersuara, BN dan pembangkang berbalas hujah, itu sebenarnya membangunkan rakyat untuk membuka mata lebar-lebar dan secara langsung rakyat mula terbuka otak dan minda mereka sebab selama ini mereka tidur dibuai dengan keindahan melalui berita di TV dan utusan seolah pemimpin itu malaikat yang memakmurkan rakyat.

Soalnya sekarang, apakah negara makmur dan kaya raya dan apa jadinya Sabah yang menerima anugerah termiskin dan pendidikan asas tersorot?

Rakyat sendiri boleh memberikan jawaban, tetapi kesan TV dan Utusan memainkan peranan menangkis segala tuduhan, maka rakyat masih lagi berfikir tetapi sekarang ini ada sedikit perubahan
yang bakal mengatasi 52% undi di PRU-13 lalu.

Sekarang ini dalam keadaan tidak menentu, satu demi satu skandal dibongkar dan dunia melihat Malaysia sebagai negara paling TOP rasuah tetapi rasuah mega yang dilakukan seolah tiada sebab dilindungi oleh atasan yang terus sekongkol mengatakan Najib tidak bersalah, tetapi kerajaan langsung tidak berani menyaman WSJ yang memalukan Najib/PM dan sekaligus memalukan Malaysia, sebalik dia saman rakyat Malaysia yang bercakap benar.

Menteri kabinet memang tidak mahu Najib turun sebab mereka jenis termakan budi dan lagi kalau turun akan sama juga bila Zahid naik duduki kerusi PM sebagai pemangku dan itu tidak akan dapat merubah keadaan, tetapi BN boleh memberikan jawaban yang kepimpinan gantian itu akan memperbaiki keadaan dan di situ akan ada kata " maafkan dan berilah BN peluang untuk perbaiki"

Bagi saya Najib tak perlu undur atau letak jawatan dan biarlah sehingga PRU-14 nanti dan dalam masa dua tahun ini PH dengan bantuan Mahathir, Muhyiddin juga Safie Apdal akan terus tampil dan mengasak apa saja untuk meyakinkan rakyat bahawa akandal yang dilindungi memang benar dan bakal merosakkan negara bangsa.

Muhiyddin, Safie termasuk Mukriz memang bijak tidak akan meninggalkan parti sebab beradanya mereka di dalam itu menjadi duri dalam daging yang lagi menyusahkan dan UMNO memang serba salah bila mereka terus berada di dalam dan ini juga strategi politik.

Setiap ahli politik harus bijak menyelesaikan masalah dan berfikir lebih jauh ke depan dengan perangkap-perangkap yang tidak boleh dibaca dan penulis pula harus pintar memainkan isu tetapi awas akta-akta yang ada boleh menghantar penulis ke penjara meski bercakap benar.

Disyorkan Najib jangan letak jawatan biarlah dia mentadbir  Negara sehingga Malaysia bangkrup sekiranya Najib turun sudah pastinya penjara Pudu dan Kajang menantinya.


No comments:

Post a Comment