KEMALANGAN JALAN RAYA MENYEBABKAN NYAWA BANYAK MANGSA KORBAN SEMAKIN MENJADI-JADI


Friday March 25.2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

TRAGEDI  BERLAKU.....Pada 24-03-2016  di Jalan Lahad Datu- Sanakan


KESELAMATAN di jalan raya memang diutamakan demi menyelamatkan nyawa para pemandu-penumpang dan juga pejalan  kaki.

Walaupun kita sebagai pemandu kereta-kenderaan begitu berhemah cukup berhati-hati untuk sampai ke destinasi yang ditujui tapi  orang lain pula tidak mahu berhati-hati begitu gelojo ketika membawa kereta macam peselit tidak menghiraukan soal keselamatan orang lain mahupun diri sendiri.

Ini terbukti dalam tempoh 48 jam dua kemalangan berlaku pertama di Jalan Kunak-Tawau membabitkan pertembungan kereta sesame kereta dikhabarkan tiga orang telah maut ditempat kejadian insiden berlaku pada 23-03-2016.

Kemalangan kedua 24-03-2016 di Jalan Lahad Datu-Sandakan  membabitkan pertembungan juga sesama kereta 2 penumpang telah mati serta-merta di tempat tragidi.


INSIDEN BERLAKU.....Pada 23.03-2016 Di Jalan Kunak- Tawau



Ada kalanya pemandu Bas yang menggunakan jalan raya mereka sesuka hati saja kalau hendak memoton kenderaan lain tidak kira  double line dan diseleko.

Perbuatan pemandu Bas Tung Ma dan  Dyana Express juga membahayakan pemandu lain yang menggunakan jalan ternasuk juga penumpangnya.




BAS EXPRESS MANIS TERBABAS MELANGGAR TIANG TELEFON DAN POKOK KELAPA SAWIT


OLEH: SYARUL SAIFULLA
www.sabahinsider14.blogspot.com


SEMPORNA:- Satu kemalangan berlaku membabitkan sebuah Bas Express Manis yang  dalam perjalanan dari Semporna ke Kota Kinabalu telah dibabaskan  pada tepat jam 12.00 tengah malam tadi kemudian melanggar tiang telepon dan pokok kelapa sawit berhampiran hingga tumbang.

Bas Manis yang membawa penumpang lebih 50 orang itu  dikatakan dipandu laju oleh pemamdunya  kerana hilang kawalan lalu terbabas mujurlah  tiada penumpang yang cedera semasa kedian berlaku.


PEMANDU CUAI-LALAI.....Pemandu cuai dan lalai memandu  terlaju punca kemalangan jalan raya kerap berlaku Bas Express Manis

 


Menurut seorang penumpang bas manis tersebut memberi tahu kepada wartawan Sabah Insider,  bas itu memang dipandu laju coba memotong kenderaan lain tapi tak sempat sebab dihadapan ada kereta  dari arah bertentangan  untuk mengelakan tidak bertembung antara satu sama lain pemandu bas yang ingin menyelamatkan penumpang lalu terbabas masuk keladang sawit dan telah melanggar tiang telefon dan pokok sawit.


CEDERA  PARAH...Pemandu dan konductor bas mengalami cedera Para



Kata  penumpang itu bas Manis jalan kesemporna kerap kali berlaku kemalangan kerana pemandunya langsung tidak berhemah  dan rasa tanggungjawab ketika memandu bas main hentam saja tanpa menyedari bas itu  membawa ramai  penumpang.



No comments:

Post a Comment