SESIAPA PEMILIK PPR YANG MENYEWAKAN KEPADA ORANG ASING (PATI) PASTI KAN MENERIMA PADAHNYA DARI KERAJAAN


Wednesday March 09.2016


SOROTAN DARI MEJA EDITOR (TSI)
SHAIMON S JUMADI
www: sabahinsider14.blogspot.com

 
KALAUlah pihak Kementerian  Kesejahteraan Perumahan  dan Kerajaan Tempatan Malaysia  akan mengeluarkan surat amaran khusus untuk penduduk-penduduk  di Program Perumahan Rakyat di Negara ini khususnya di Sabah yang telah didapati menyewakan kediaman tersebut kepada orang asing (PATI) mahupun orang-orang tempatan adalah satu tindakan yang  seharus dilaksanakan.

Menterinya Datuk Abdul Rahman Dalam baru-baru     ini  telah mengeluarkan satu kenyataan di media-media elektronik  TV3  dan media portal bahawa beliau  akan memberi amaran keras kepada setiap penduduk yang menyewakan kediaman mereka kepada orang lain akan diambil tindakan dan diusir keluar tidak dibenarkan menduduki rumah PPR lagi.
 
Jika amaran Menteri itu jadi kenyataan dan tidak hanya cakap kosong saja mahu mencari publisiti murahan (Cheap Publicity  ) masyarakat tentunya menyambut  baik tindakan kerajaan akan tetapi bukan setakat hanya ibaratkan  melepaskan batuk ditangga sahaja seharusnya  pihak kementerian berkenaan harus mengusul surat perkelilingan kepada semua majlis-majlis tempatan seperti Majlis Perbandaran dan juga majlis-majlis daerah yang ada hubung kait dengan PPR tersebut.

Jika kementerian berkenaan tiada membuat  susulan surat perkelilingan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) nampaknya  sia-sia sahaja ia merupakan satu  gimik politik saja dan dipenghujungnya tiada kesudahannya.

Kita lihat dan sama-sama tunggu apakah reaksi dan tindakan selanjutnya yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian Kesejahteraan Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.

Perkara sewa menyewakan kediaman PPR ini oleh pemilik asalnya memang banyak berlaku di Sabah jelas orang-orang asing yang menduduki rumah PPR tetapi tiada siapa yang ambil kisah sangat sehingga kawasan PPR menjadi sarang jenayah berat ekoran kehadiran PATI yang menyewa di kediaman PPR tersebut.

Kalau pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) menjalankan pemantauan disetiap sudut   sudah tentu fenomena ini tidak berlaku.


Disini  saya ingin menyenuh sedikit menurut dakwaan orang ramai seandainya mereka ingin memohon PPR dan untuk mendapatkan borang-borang permohonan daripada pihak-pihak tertentu agar sukar ada yang menjual borang dengan harga RM500.00  sekaligus berurusan dengan pihak majlis-majlis tempatan.


Jika benar dakwaan itu diminta pihak  Suruhranjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyamar menjadi orang awam untuk berjumpa dengan mana-mana kakitangan yang berkenaan bagi maksud tersebut disini barulah pihak SPRM boleh membanteras gejala rasuah yang dilakukan oleh pihak-pihak majlis tempatan kalau sekiranya mereka meminta ganjaran bagi saja dengan menggunakan wang SPRM

No comments:

Post a Comment