SIAPA BERANI SEBAR AKTA OSA AKAN MERINGKUK DIPENJARA SEUMUR HIDUP?

 Tuesday March 08.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

SESIAPA saja kalau namanya ikhlas jujur takut Allah pasti tidak akan ada yang selindunginya, apa lagi kalau menerima amanah dan perkataan AMANAH itu harus dimengerti.

Nabi pernah bersabda, sebaik saja pemimpin tidak amanah, maka orang yang pertama bakal masuk neraka tentunya pemimpin itu sendiri.

Kita tidak mengatakan yang di atas menipu, tetapi kesan jawaban selalu saja berbelit-belit  dan selalu jawaban berubah-ubah tidak kekal seperti kenyataan pertama maka jelas orang semacam itu tidak boleh dipercaya untuk menjadi pemimpin atau tidak boleh dipercaya memeggang amanah.

Dana 1MDB bukan sejuta dua tetapi RM42 bilion dan jumlah itu bukan sedikit dan kasus dikatakan wang ini dikeluarkan masuk ke akaun peribadi dan ketika ditanya jawaban berbeda maka segalanya menjadi teka teki yang tidak pernah ada titiknya.

Bila rakyat heboh dan mahu tahu maka JK PAC ditukar-tukar  hingga terganggu dan kemudian dijanji ditunggu saja laporan JK PAC baru dan sesudah selesai untuk disebarkan kepada rakyat seperti dijanjikan lalu dalam laporan itu diklasifikasikan sebagai SULIT bawah akta OSA.

AKTA OSA makna sesiapapun tidak boleh menyebar segala maklumat dan jika berlaku, maka yang menyebar itu boleh diheret ke mahkamah dan sabit kesalahan boleh masuk penjara dan kesannya rakyat diharuskan menjahit mulut mereka atau masuk penjara.

Apa jadahnya ini dan kenapa jadi demikian? Jika benar telus dan tidak main TIPU DAYA, ya silakan saja sebar dan berterus terang dan rakyat mahu tahu apa yang disiasat dan tidak perlu diletak bawah akta OSA.

Biasanya hanya yang takut kesan salah saja tidak mahu kajian itu disebarkan dan kita fahamlah maksudnya itu tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhir jatuh ke tanah juga dan apakah yang sedemikian memudaratkan negara harus kita pertahankan?

Jika beginilah seperti yang saya katakan negara akan hancur musnah kesan perbuatan atasan yang tidak amanah.


No comments:

Post a Comment