700 EKOR PELBAGAI JENIS ULAR DITANGKAP OLEH JPAM DI SELURUH SABAH DALAM TEMPOH TIGA BULAN TAHUN INI


Friday April 22/2016


OLEH: SHAIMON S JUMADI
www:sabahinsider14.blogspot.com

SANDAKAN:-  Pihak  Jabatan Pertahanan Awam  Malaysia  (JPAM) telah berjaya menangkap ular pelbagai sepsis antaranya ular Sawah ular Tedung dan Ular Sendok yang masuk ke dalam enjin kereta.

Berita terakhir kejadian  di mana  ular sawah masuk ke dalam engine kereta kepunyaan Pak Roslan yang tinggal di Kota Kinabalu kelmarin berjaya di tangkap oleh Pasukan Pertahanan Awam Malaysia.

Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia –JPAM Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin dari bulan Januari hingga Mac ini sebanyak 700 ekor  pelbagai jenis ular berjaya  ditangkap yang masuk ke dalam enjin kereta dan selebihnya masuk keruang tamu tempat tidur atas Siling  mangkok tandas  bonet kereta  dan ruang dapur.


Dalam sidang media  kelmarin Mulliadi  berkata tidak menolak kemungkinan yang perubahan cuaca atau habibat menyebabkan haiwan berbisa itu berkeliaran.

 Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 22 kes sengatan obor-obor dilaporkan di pantai Tanjung Aru di sini,

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati periksa dahulu bahagian bonet dan tenpat enjin kereta sebelum memulakan perjalanan kerana dikhuatiri ada tetamu tidak diundang turut menumpang sama dalam kereta.

Bagi spesis ular sawah tidak mempunyai bisa kekuatannya  hanya membelit saja akan tetapi jenis ular sendok-ular hitam-ular tedung mempunyai racun yang amat bisa  sekali kena pagut/patuk ular manusia jarang yang  selamat.



No comments:

Post a Comment