22 TAHUN MAHATHIR MENABUR JASA BAKTINYA KEPADA BANGSA-NEGARA DAN AGAMA DI LUPAKAN BEGITU SAJA


Saturday March 19.2016

OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahinsider14.blogspot.com

DIA hanyalah seorang tua yang tidak perlu apa-apa lagi. Dia tak perlu projek mega dan wang berjuta. Segalanya tidak bermakna buat dia.

Apa yang dia punya sudah cukup dan lebih dari cukup dan kalau dia mahu tentunya bermain-main dengan anak cucu lagi baik banding ke sana sini untuk menyatakan sesuatu yang benar.

Kenapa Mahathir sanggup melakukan apa saja?

Apakah dia kepingin mahu duduki kerusi Perdana Menteri? apakah dia mahu anak-anak mengambil tempat kerusi PM itu? Itu tidak mungkin dan memang tidak mungkin.

Sebagai pemimpin yang berjasa dan seluruh harapannya mengatasi keluarga, mengatasi anak bini dan mengatasi segala cucu cicitnya.

Dalam usia 22 tahun dia cipta sebuah negara yang dulu tidak dikenali dan dipandang rendah, tiba2 menjadi sebuah negara yang cukup digeruni barat dan Yahudi sendiri gerun sikap dan pandangan Mahathir yang diakui dunia dan itu segera meletakkan Malaysia di puncak jaya banding negara2 lain.

Apakah seorang Mahathir mahu melihat negara yang ia bangunkan musnah tergadai dan berkecai? apakah kepentingan 30 juta manusia Malaysia itu akan dia biarkan saja belayar lewat gelombang di lautan yang bisa tenggelam dan segalanya musnah jadi hina di mata dunia?

Ah, tentunya tidak dan itu tidak mungkin.
Nah, kerana tidak mungkin itulah meski ia rasa berat terus saja ia turun ke gelanggang dan mahukan yang berkenaan turun kala ia lihat negara hampir tenggelam dan rakyat keseluruhannya bakal susah menderita perit mencekam.

Susah yang dimaksudkan itu sudah terasakan kini dan dunia melihat Malaysia sebagai negara yang paling korup. Surat akhabar luar negeri menumpu ke Malaysia dan cukup dengan sindiran perli yang bukan sedikit. cukup memalukan kesan skandal-skandal  yang dilindungi oleh badut-badut yang melembu dan menyinga bersandarkan segala macam akta yang zalim dan jahat.

Nama Malaysia tercalar dan ditambah pula dengan jabatan-jabatan yang berkuasa di Malaysia masing-masing berusaha melindungi seorang pemimpin yang jelas kesalahannya sudah terang bersuluh lagi. Memang jadah!

Segala skandal yang dilaporkan dalam negeri dan luar negeri termasuk WSJ tidak ada tindakan oleh kerajaan Malaysia untuk menyaman mereka dan mana mungkin menyaman kalau memang katanya WSJ semua bukti ada dalam simpanan dan hanya menunggu pihak Malaysia menyaman dan mengheret mereka ke mahkamah agar di sana baru tahu rendah tingginya langit di Malaysia ini nanti.

Demikianlah mahunya seorang tua bernama Mahathir dan ia tampilkan dirinya meski payah melangkah bukan demi kepentingan dirinya tetapi demi kepentingan rakyat jelata dan demi kepentingan semua bangsa di Malaysia.

Ketika ditanya seorang Mahathir yang sudah tua itu usaha mengawal emosinya dan pelan2 yang bersuara "......Kita semua akan pergi, akhirnya, seberapa tinggi pun, di situ juga....." yang maksudnya akan disemadikan dan kembali ke tanah untuk menemui Allah nantinya.

Iya, dua puluh dua tahun dia berkuasa dan kini ia melihat apa yang dia bina sedang dirosakkan oleh setengah-tengah pihak demi kepentingan masing-masing.

Meski 22 tahun memerintah dan ada cacatnya tetapi kita melihat Malaysia cukup membangun dan Malaysia cukup makmur, rezeki semuanya rakyat dapat dan tiada istilah termiskin dan semua bergaya dengan bangunan petronas, KLIA, Jambatan pulau pinang, Putrajaya, proton dan banyak lagi.

Bawah Najib apa saja yang kita lihat selain dilaksanakan GST dan rakyat kian susah, wang tabungan kian menipis dan hidup serba susah dan tidur malam rakyat jadi gundah dan masa depan memang samar dan entah esok entah tidak matahari bakal kembali atau gelap terus tak timbul lagi.

No comments:

Post a Comment