Monday March 14.2016
OLEH: KAMARUDDIN
ZAMAN
KUALA LUMPUR: Media Portal The
Malaysian Insider (TMI) yang telah beroperasi sejak 25 Februari 2008 lagi
akan ditutup berkuatkuasa pada tengah malam ini bersamaan
15hb Mac 2016.
Ketua Pengarangnya,Jahabar Sadiq yang buat pengumuman itu menerusi portal berkenaan pagi Isnin,kata penutupan itu atas sebab komersial.
The Malysian Insider dikendalikan oleh The Edge Media Group.
Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) telah menyekat portal itu kerana membuat laporan mengenai Perdana Menteri yang mengelirukan orangramai.
Katanya kerajaan sekarang di
bawah tadbir Barisan Nasional (BN) langsung tiada kebebasan rakyat untuk menyuarakan perkara-perkara
sumbang-mungkar yang dilakukan oleh para pemimpin kerajaan BN dan UMNO banyak
media cetak dan media portal jadi mangsa penutupan.
Katanya lagi seramai 45
orang kakitangan termasuk wartawan bahagian penyuntingan dan kakitangan The
Malaysian Insider telah kehilangan pekerjaan dan pihak syarikat akan membayar
pampasan terhadap mereka.
Sementara Ketua Pegawai
Eksekutif Media Portal The Sabah Insider.net Jun Pacifico Abdullah yang dimaklumkan mengenai penutupan portal itu
beliau melahirkan rasa simpati dan sedih keatas
nasib 45 orang yang telah kehilangan pekerjaan sebagai mata pencaraian
mereka.
Apapun kata Jun pihaknya akan berunding kepada
pemilik The Sabah Insider agar mengambil mereka dalam empat atau lima orang
kakitangan yang berpengalaman luas dalam
satu-satu bidang untuk bekerja di Sabah Insider jika diluluskan tetapi gaji tidaklah begitu tinggi seperti
mana yang mereka peroleh daripada The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment