Saturday March 05.2016
SUMBANGAN JUN-JUN
www.sabahinsider14.blogspot.com
HANYA di Sabah saja banyak sangat parti. Parti asal ada 10 buah dan parti tambahan ada 13 parti. Bukankah itulah STRATEGI BN yang mereka pelajari dari penjajah etnik/Malaysian dipecah-pecahkannya?
Kenapa orang Sabah terus saja berpecah-pecah dikasih bodoh oleh UMNO/BN?
Dulu PBS kuat dan mereka pecahkan tubuh restu PBRS, UPKO dan banyak lagi dan kesannya KDM terduduk tidak akan dapat bangun lagi.
Selepas itu ditubuhkan bawa masuk parti STAR dari Sarawak dan yang KDM pecah lagi dan pecah lagi. Ada di Star dan ada di PKR dan sekarang ada lagi 13 parti. Bukankah ini kerja bodoh namanya?
Saya lihat perhatikan asal jadi presiden mereka bangga meski tiada duit untuk sediakan pejabat/sediakan kemudahan tetapi kesan pujian teman-teman lain yang dulu dalam PKR kesan kecewa maka mereka sama-sama dalam parti baru dan melaungkan "ini kalilah".
Cuba tanya berapa orang saja ahli yang ada dalam parti mereka itu dan di mana pejabatnya dan bagaimana bayar sewa parti, gaji pekerja dan beli keperluan pejabat yang sekurang ada 60 DUN dan 25 parlimen. Hingga sekarang saya tidak mendengarpun pejabat mereka di mana.
Saya lihat mereka ini mahu terus di parti yang sedia ada memang tiada peluang jadi calon dan dengan cara sertai parti baru itu peluang jadi calon agak cerah.
Keduanya bila terpilih jadi calon dan nanti kena beli maka siap mereka berputar dan siap naik pentas dan siar di media mereka menyokong BN dan ini tidak mustahil sebab sekarang ini cara jadi kaya dan berniaga cepat kaya ialah menggunakan parti jual maruah diri.
Kedua diharapkan parti kecil-kecil ini mendapat SOUND dari BN atau PH untuk bersama dan di situ dikenakan syarat mereka mesti jadi calon dan bila jadi calon dengan sendirinya pengundi DAP/PKR/AMANAH bantu mengundi mereka dan ini peluang cerah/kalau secara solo tanpa serta gabungan mereka rata-rata akan kehilangan wang pertaruhan. Tak percaya lihatlah nanti.
Jadi perbanyak parti di Sabah adalah kerja bodoh dan membodohkan rakyat sebab rakyat sendiri bingung parti mana yang mahu mereka undi dan kesannya undi itu pecah.
Misalnya PRU lalu di parlimen STAR, PKR dan BN bertanding dan ikut keputusan BN menang tetapi kalau PKR dan STAR bersatu calon BN tersungkur.
Demikian juga di Keningau dan yang lain seperti di DUN Kota Kinabalu pernah dulu PKR, DAP, STAR, SAPP bertanding dan jelasnya kalau semua bersatu BN tetap tersungkur dan kemudian musim lalu pembangkang bersatu di DUN Kota Kinabalu jelas BN tersungkur menanglah Christina Liew muncul jadi YB.
Cuba saja kamu fikir bagaimana kalau ada tambahan 13 parti lagi dan bukankah itu menjadi lebur binasa hancur terkubur berputih mata? Memang rakyat Sabah ini diperbodohkan.
Satu lagi sering dilaungakn undi parti lokal dan ini jelas juga bangang sebab untuk ambil kuasa dan ubah sistem kepimpinan BN kena menangi lebih 112 kerusi MP dan parti lokal hanya fight 25 kerusi dan itu sudah jelas gagal kuasai kerajaan persekutuan sebab hanya BN dan PH sahaja yang bakal tandingi 222 kerusi MP. Jika inipun tak faham bagus tak usahlah berpolitik sebab asyik TIPU rakyat di Sabah saja.
Satu saja yang merupakan jalan terbaik, 11 Y ang Berhormat (YB) yang ada sekarang dari kalangan pembangkang termasuk 1 DUN Dr Jefry peggang dari STAR meski dikekalkan bertanding di PRU-14 akan datang. Jangan ada usaha melawan mereka.
Kemudian 25 kerusi MP diserahkan kepada PH parti nasional dan berikan peluang parti lokal bertanding di MP untuk duduki kabinet persekutuan, sementara 60 DUN diserahkan kepada parti lokal terutama STAR, PCS dan SAPP sementara yang lain itu kita lihat kekuatannya dan kalau sekadar cakap-cakap saja dan pejabat tiada, lebih baik bantu saja dan tidak berangan jadi calon terutama yang pernah jadi calon baik di belakang saja kasih sokongan.
Meski 60 kerusi diserahkan kepada parti lokal tetapi DAP/PKR/AMANAH juga harus diberikan peluang dan buat DAP di bandar-bandar, sementara PKR/AMANAH di kawasan Melayu seperti di sebelah Beaufort, Sipitang, Kudat dan lain-lain yang difikirkan sesuai melawan UMNO.
Kenyataan 13 parti mengatakan mereka kuat dan mendapat sokongan rakyat itu hanyalah AUTA sebab kita tahu sekarang ini BN punya senjata yang cukup termasuk dana, jabatan2 mereka guna seperti SPR, Polis dan macam-macam terutama UNDI HANTU/Bangla, sedang parti lokal di pembangkang hanya membawa semangat dan kata-kata dan semangat dan kata2 tidak cukup sebab sekarang bukan seperti di zaman PBS menang tahun 1985 Cina dan KDM bersatu dan sekarang Cina ke DAP dan KDM ke PBS/UPKO dan PBRS makna pecah beribu.
Orang Sabah kena faham dan rakyat jangan sekali-kali terpengaruh dengan kata-kata dan janji yang sama sekali tidak benar dan AUTA. Jangan jadi Bodoh dan bangang. Akui hakikatnya dan PRU13 boleh jadi ukuran dan elak membutakan hati dan mata sendiri.
No comments:
Post a Comment