DISEBABKAN MELAYU UMNO ANTI BANGSA CINA MCA-MIC GERAKAN DAN LDP BAKAL KELUAR BN PRU 14 NANTI


Saturday March 12.2016


OLEH: RAMASAMY A/L KARAMUTUH
www.sabahinsider14,blogspot.com

BUKAN semua bangsa Melayu di Negara ini khususnya di Semenanjung Malaysia bencikan orang-orang cina hanya orang-orang khususnya yang menjadi ahli UMNO tegar sahaja  yang bencikan Cina termasuk India.

Disemenanjung kini ramai bangsa Melayu Islam menyertai parti DAP yang dipimpin oleh Lim Kit Siang begitu juga di Sabah di khasnya Kampung Sim-Sim Berhala Darat  Sandakan kini sudah mempunyai 4 buah cawangan DAP yang diterajui oleh bumiputera Islam.

Paling ketara para pengikut UMNO tegar benci terhadap kaum cina dan india terutama sekali Cina yang menjadi ahli DAP setiap kali berucap dimajlis-majlis rasmi kerajaan para pemimpin UMNO tiada lain memaki hamun kaum Cina dan India sambil melafaskan kalau bangsa Cina dan India tidak sokong kerajaan BN lebih keluar dari Malaysia

Perbuatan orang-orang Melayu yang berkata demikian sebanyak sedikit telah mengguris perasaan kaum cina  bukan saja kepada ahli-ahli DAP memang musuh ketat orang-orang Melayu-UMNO akan tetapi juga telah mengguris hati dan perasaan kaum can di parti komponen seperti MCA-Gerakan dan LDP kerana ketiga-tiga parti ini adalah mewakili kaum cina di Negara ini.

Saya amat setuju apa yang diperkatakan oleh ahli veteran UMNO Tan Seri Sanusi Junid kenapa parti sebesar UMNO gentar dengan DAP dan takut kalau cina memerintah Negara ini.

Lim Kit Siang sudah berkali-kali menyatakan sampai bila-bilapun DAP sukar untuk jadi tanpuk pemerintahan Negara sebab kerusi di parlimen tidak mencukupi, DAP boleh memerintah dengan sekadar kongsi kuasa dengan parti PAKATAN HARAPAN seperti AMANAH dan PKR di peringkat kerajaan persekutuan dengan adanya gabungan tiga parti ini.

Kalau tindakan orang-orang Melayu dalam UMNO sering kali memaki hamun mencaci-mencerca mengusir kaum cina-india yang anti kepada kerajaan BN-UMNO tidak mustahil mereka lama kelamahan bila sudah bosan dengan karenah UMNO pastinya mereka akan keluar juga dari cengkaman maut BN.

Tiada gunakan MCA-MIC dan Gerakan termasuk LDP jadi rakan kongsi dalam sebuah kerajaan kalau perbuatan ahli-ahli UMNO sendiri suka menyakiti menyinggung perasaan kaum lain lebih baik keluar saja daripada komponen BN biarlah PAS-UMNO dua parti bergabung.

Ikuti petikan berita

PETALING JAYA: Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid hairan bagaimana sebuah parti besar seperti UMNO gentar kepada seorang individu berbangsa Cina seperti Lim Kit Siang.
Ia ekoran tindakan pemimpin-pemimpin tertinggi parti Melayu itu sering memperdaya orang-orang kampung supaya takut kepada Penasihat DAP itu.
“Janganlah orang-orang di atas ini (pemimpin UMNO) menipu orang-orang kampung dengan menakut-nakutkan orang kampung supaya takut dekat Cina ini (Kit Siang).
“Hebat sangatkah Lim Kit Siang itu. Saya tidak nampak Lim Kit Siang itu hebat. Saya hairan macam mana satu parti Melayu takut dekat seorang manusia Cina,” katanya dalam rakaman video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle.
Jelas bekas Menteri Besar Kedah itu lagi, Kit Siang tidak pernah menyusahkan rakyat memandangkan pemimpin DAP itu menjadi pemimpin pembangkang sejak sekian lama dan langsung tidak pernah duduk di dalam Kabinet kerajaan.
Malah, pemimpin DAP itu juga tidak pernah mencadangkan di Dewan Rakyat supaya Kerajaan Persekutuan mengenakan cukai enam peratus melalui Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
“Dan manusia Cina ini yang menjadi pembangkang dah berpuluh tahun, tidak pernah duduk dalam kerajaan. Dia tidak pernah bagi susah kita. Tidak pernah dia cadang supaya kenakan GST.
“Tak pernah dia cadangkan dalam Parlimen supaya berhutang tidak payah bayar. Tak pernah dia suruh dalam Parlimen buat yang bukan-bukan,” ujar beliau lagi.
Sebaliknya, Sanusi memberitahu orang Cina yang sepatutnya kita menyampah dan benci adalah individu seperti Low Taek Jho atau Jho Low dan juga beberapa penyangak-penyangak lain yang bersikap sepertinya.
“Tetapi Cina yang patut kita meluat ni, Cina macam Jho Low dan penyangak-penyangak dan kawan-kawan dia yang lain itu, yang itu patut kita benci.
“Tetapi, yang itu pulak jadi macam orang baik. Kalau dia kena datang ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hak dia bercakap itu kena rahsia, tidak boleh beritahu dekat orang, sebab takut nampak buruk dia,” katanya.


No comments:

Post a Comment