688.766 RAKYAT ASING AKAN BAGI MYKAD MENIMBULKAN KONTRAVERSI DI KALANGAN PENDUDUK SETEMPAT


Wednesday March 30.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

BAKAL MUSNAH....Negara Malaysia terlalu melonggarkan pemberian mykad kepada warga asing

TINDAKAN kerajaan akan memberi status kewarganegaraan seramai  688.766 kepada rakyat asing yang duduk di bumi Malaysia  seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negerinya  (KDN) Datuk Seri Ahmad Zajid Hamidi  baru-baru ini telah menimbulkan kontraversi  di kalangan sebilangan rakyat di Negara ini.

Kenapa pihak kerajaan ambil jalan mudah memberikan status kewarganegaraan  kepada rakyat  asing di jadikan  sebagai warganegara Malaysia yang tidak memikirkan latar belakang mereka terlebih dahulu.

688.766 bukan jumlah yang sedikit jika kerajaan akan memberi taraf kewarganegaraan kepada orang asing.

Bila mereka sudah menjadi warganegara Malaysia sama taraf dengan kita sebagai penduduk Malaysia tulen rasa tercabar kerana  segala peluang pekerjaan memang dimonopoli oleh mereka.

MANA SUDAH SUARA BANGSA.....Kadasan Murut dan Dusun

Sebelum kerajaan membuat  satu keputusan yang muktamat untuk memberi taraf atau status kepada warga asing harus dibincangkan terlebih dahulu dalam sidang parlimen minta pandangan sama ada ahli-ahli parlimen pro kerajaan mahupun pro pembangkang.



Yang agak menyedihkan di Sabah masih ramai anak-anak jati Sabah dari keturunan Kadazan-Dusun-Murut dan Orang Sungai yang duduk di kawasan pedalaman  mereka masih tidak mempunyai kad pengenalan apa lagi mykad.

Ini berpunca dari sikap birokrasi dan pilih kasih pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang terlalu banyak syarat harus dikenakan walaupun mereka tahu bahawa orang-orang itu adalah orang-orang tempatan anak jati Sabah tetapi tidak mendapat layanan seperti mereka melayan bangsa asing khususnya Pakistan-Indonesia dan Filipin yang memohon mykad dengan mudah diurus.

MUDAH DAPAT MYKAD......Daripada Orang-Orang Tempatan


Orang-orang asing (PATI-PTI) Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  yang datang ke Negara ini tidak mempunyai apa-apa dokumen dari Negara asalnya sementara Pendatang Asing)  macam Pakistan mereka datang ke Negara ini mempunyai pas perjalanan yang sah seperti visa dan passport  ada perbezaan antara PATI- PA.

Tetapi mereka  setelah duduk di Sabah mereka mendapat layanan  istimewa dari para pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) makanya mereka mudah memproses membuat mykad tanpa ada sekatan berbanding  dengan anak-anak jati tempatan Sabah terus terpinggir mereka jadi pelarian di tempat sendiri hendak keluar bandarpun mereka merasa takut kalau ada road blok oleh pasukan keselamatan.

Yang jadi kemuskilan kenapa rakyat asing yang duduk di negera ini baru setahun jagung akan di bekalkan mykad  yang berstatus warganegara Malaysia.

Banyak  keburukan  dari kebaikannya  kalau kerajaan terus mengutamakahn rakyat asing mendapat mykad  macam-macm boleh jadi pertama jenayah berat semakin meningkat di sana sini yang dilakukan oleh rakyat asing walaupun pihak polis telah menjaga keselamatan negera dengan cukup rapi akab tetapi bukan semua lokasi polis diletakan di sana-sini.



No comments:

Post a Comment