Wednesday March 30.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
www.sabahisnider14.blogspot.com
DIA
katakan yang dia seorang pahlawan dan darahnya ada keturunan
bangsa itu (Bugis).
Benarkah?
setahu saya bangsa yang dimaksudkan itu memang berani dan tidak takut mati
meskipun apa saja tetap mereka hadapi.
Benarkah kenyataan
bila dibangkit keberaniannya dan rasa bangsa monyet di hutan lagi berani hadapi
apa saja banding dia dan memang dia bukan seorang yang berani dan beraninya
hanya di TV sedangkan berdebat dia lari
lintang pukang tetapi di TV cakapnya bukan main hebat macam mahu makan orang
penuh perli.
Wall Street Journal (WSJ) cukup memalukan seorang PM kita dan dikatakannya akan
saman selasa depan dan sekarang berapa kali sudah selasanya dan selasa sudah
berulang kali dan menghampiri tahun tidak juga ada saman dilakukan. Hebat kamu!
Inikah
yang namanya sikap seorang pahlawan dan berani gertak mungkin bolehlah dikasih
anugerah disamping layak menerima anugerah lawak jenaka penghibur lara zaman
baru GST.
Sekarang
media TV lagi melaporkan soal pembunuhan Altantuya dan juga korupsi di Malaysia
dan Malaysia cukup malu dan bila Malaysia dimalukan bukan PM semata malu
sebalik kita sebagai rakyat Malaysia yang turut malu.
Sebagai
rakyat Malaysia kita cukup terasakan kasus penyebaran cerita ini dan seharusnya
seorang yang menganggap dan mengatakan dirinya sebagai pahlawan kena bangkit
dan siap dilaporkan di media serata dunia untuk menyaman yang berkenaan kerana
memalukan PM dan Malaysia secara langsung.
Sebalik
Malaysia diam dan tidak pula menyentuh hal itu dan tidak pula menyaman mereka,
sebalik yang suara-suara rakyat
miskin/penulis miskin macam kami siap diheret ke mahkamah dan disaman bawah
akta segala macam. ini namanya pengecut dan bacul.
Sekali
lagi saya bertanya, di mana saja keberanian yang dilaungkan selama ini? Di TV
siap berani macam harimau garang yang makan orang tetapi berdepan jelasnya
kehilangan segalanya dan kata bangsa brunei "pincuri lari lintang pukang
putih tapak kaki"
Malaysia
sudah jatuh ditimpa tangga dan kemudian dimalukan lagi hingga dunia sekitar
melihat Malaysia sebagai sebuah negara korupsi dan penuh dengan segala macam
skandal tahi babi yang merosakkan negara bangsa tetapi masih juga mereka
terdiri macai/kaki ampu mengatakan ekonomi Malaysia membaik pulih segala. Tahi
kucing kering!
Beruk
dalam hutan ketawa memerhatikan lakonan sumbang dan memuak jemukan kita kalangan
manusia yang berakal serta punya fikiran meski dikata penghasut bangsat dan
khianat.
Kalau
Tun Mahathir bersekongkol dengan pembangkang di cap dan dikutuk sebagai
pengkhianat bangsa dan Negara sedangkan tujuan oleh menggulingkan Perdana
Menteri itulah tujuan sebenar menandatangai deklarasi.
Selagi
orang-orang seperti Salleh Keruak, Adnan Mansur, Azlina Othman Said, Nazri
Aziz Ahmad Mazlan dan
Ismail Sabri Yaacob dalam UMNO mereka adalah makluk perusak jadi
kucar kacir ahli-ahli UMNO yang lain kerana mereka pandai mengampu membodek dan
angkat kaki raja penghasut kepada Perdana Menteri khususnya Presiden UMNO.
No comments:
Post a Comment