Thursday March 24.2016
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
FOTO: GIN MARVEL
www.sabahinsider14.blogspot.com
TAMBUNAN:- Para pemimpin
kerajaan Barisan Nasional (BN) sering melaung-laungkan bahawa Sabah adalah
negeri dalam Malaysia yang termaju sekali jika di bandingkan dengan
negeri-negeri lanya di Negara ini dalam
arus perdana membangunan asas.
Tetapi apa yang
diperkatakan itu semuanya tidak betul memang ada beberapa tempat saja telah
mencapai kemajuan dalam aspek pembungunan infrastrutur tetapi rakyat yang
tinggal di kawasan luar Bandar khususnya
di kawasan pedalaman mereka masih terlalu dahagakan kemudahan asas daripada
kerajaan untuk dinikmati oleh segenap penduduk setempat.
Ini terbukti di mana situasi jalan di Kampung Tampasak Liwan Tambunan menuju ke pekan Ranau dalam keadaan daif jalan
hanya boleh dilalui untuk kereta lembu saja.
Menurut penduduk bahawa
masalah jalan tersebut sudahpun diajukan kepada Wakil Rakyat yang berkenaan pada 28hb
Julai 2015 lagi akan tetapi sehingga kehari ini 22hb Mac 2016 keadaan struktur jalan berkenaan masih tidak
berubah.
Yang paling menyedihkan
ialah kanak-kanak yang pergi sekolah ulang alik mengunakan laluan jalan gravel
itu mereka terpaksa berjalan kaki berbatu-batu jauhnya untuk sampai ke sesuatu
destinasi.
“Saya harap Wakil Rakyat
kerajaan BN dapatlah mengambil perhatian tentang masalah jalan tersebut bukan
membiarkan masalah terus menghantu penduduk-penduduk disekitarnya.
“Datuk Salleh Kepala Keruak
dan Datuk Abdul Rahman Dahalan sering berkata rakyat Sabah tidak pandai
berterima kasih kepada kerajaan BN walaupun kerajaan persekutuan telah benyak
menabur projek, macam mana kami mahu ucapkan terima kasih sedangkan jalan
Tambunan menuju ke pekan Ranau macam jalan kerbaupun tidak terurus” Kata
penduduk itu lagi yang enggan mananya disebut.
No comments:
Post a Comment