CAJ PARKING DI BANDAR SATELIT MENYUSAHKAN RAKYAT DIUTAMAKAN SAMPAH SARAP BERTABURAN DI SANA SINI TIDAK DIAMBIL PEDULI LANGSUNG



 Tuesday March 15.2016

OLEH: SHAIMON S JUMADI
www.sabahinsider14.blogspot.com

CAJ PARKING DIUTAMAKAN ......Sampah bertaburan tidak diambil tindakan

PIHAK  Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) beriya-iya mahu mengenakan caj parking di beberapa lokasi khususnya Bandar satelit di daerah ini yang akan berkuatkuasa pada 1hb Mei ini.

Cadangan tersebut walaupun mendapat tentangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Elpopura (BN)  khususnya Datuk Au Kam Wah dan Ahli Parlimen Sandakan (DAP Stephen Wong Tien Fatt  dan  serta bantahan orang ramai namun sedikitpun tidak memperdulikan  mengenai bantahan orang awam yang penting niat MPS kesempaian.

Walaupun terang-terang tindakan MPS akan  mengenakan caj parking di Bandar-bandar Satelit itu bakal mengundangkan kekalahan calon-calon BN yang bertanding di kawasan DUN Elopura,Tangjung Papat-Karamunting termasuk kawasan Parlimen Sandakan  pada PU14 nanti semua kerusi tiga DUN itu bakal digondol oleh parti DAP atau PAKATAN HARAPAN pihak MPS tetap berdegil apa peduli kalah-kalahnya yang penting niat sudah sampai.

Seorang aktivitis dan penulis Media Portal The Sabah Insider.net 
Sharlene Sharizal Ikwan Abdullah berpendapat caj parking yang terang dan jelas menyusahkan rakyat jelata itu pula yang diutamakan oleh MPS akan tetapi soal kebersihan alam sekitar sampah sarap bertimbunan di sana sini tidak dipandang sebelah mata apa lagi mengambil tindakan langsung tiada.

Pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai badan pentadbir kerajaan negeri seharusnya peka tentang masalah sampah sarap  kerana itu adalah tanggungjawab utama menjaga kebersihan agar nama daerah Sandakan sejajar dengan gelaran Sandakan Nature City (Bandar Sandakan Semula Jadi) di mana tahap kebersihan sentiasa terjamin barulah para pelancong asing dan pelancong dalam rasa segar bila melawat ke Sandakan dan lalu di lorong-lorong bangunan terhindar dari terhidu bau busuk oleh longgokan sampah sarap yang tidak dikutip oleh MPS.

Walaupun saya bukan seorang ahli politik hanya seorang aktivis masyarakat yang bereparanan ingin berkongsi pandangan dengan pihak-pihak tertentu mengenai pasarana disekeliling.

Tindakan MPS mengenai caj parking itu tidak wajar kerana rata-rata rakyat membantah ketepikan dulu soal hendak mengenakan caj parking tersebut utamakan kebersihan alam sekitar supaya daerah Sandakan tidak mendapat gelaran atau title Sandakan Land of Rubbish  ini amat memalukan kepada pihak kerajaan.

Sudahlah  daerah Sandakan bermasalah besar dilanda wabak denggi berdarah yang merangkumi 268 kes ini adalah disebabkan oleh kegagalan pihak MPS menjaga kebersihan jadi tidak semana-mana penduduk yang menjadi mangsa keadaan.



No comments:

Post a Comment