CERPEN MINGGU INI: KE MANA HATI KAN KUBAWA PERGI


Monday March 28-2016


HASIL KARYA ISMAILY BUNGSU

BILA kita jatuh cinta apapun mahunya tetap kita lakukan. Biasalah. Yang tak baik jadi baik. Tak cantik jadi cantik, lalu bermacam rintangan dilalui dan inilah namanya dugaan cabaran.

Begitulah keadaannya!
Semua orang tahu keadaan ini dan yang pernah bercinta tentu lebih tahu. Mat Sabu lagi tahu sebab diceritakan konon dia sendiri pernah merasakan apa yang saya rasakan.

Tentunya yang lain juga setuju kala semua orang ada pengalaman.

Baram tetap dalam ingatan dan seri aman mulanya lokasi yang menambat hati dan Kuching pula kala malam tempatnya kami memadu janji dan malam itu di sebuah hotel di pinggir sungai Sarawak masih terbayang bulan purnama kami tatap sama kala jendela terbuka dan kata2nya masih aku ingat dan tentu Nelly Ding juga ingat. Mustahil kalau Nelly Ding tidak ingat semuanya itu!

Begitulah segalanya menjadi saksi, segalanya tetap kuingati dan malam itu hujan kian lebat dan kita sama basah kehujanan sedang sungai Sarawak terus mengalir ke muara dan janji kini juga mengalir entah ke mana. Kenapa ya?

Akhirnya beginilah segalanya punah, segalanya binasa segala hancur dan segala kata-kata hanya menjadi ingatan dan kekal abadi.

“ Akhirnya aku memilih pergi jua membawa hati lara ” demikian surat itu aku kirimkan kepada Nelly Ding di Sarawak dan surat itu aku alamat di Telekom Kuching dan hingga sekarang belum kuterima jawaban. Aku yakin dia tidak akan memberikan jawaban dan kalau adapun tentu jawabnya takdir menentukan segala kala kita hanya berusaha dan akhirnya tuhan yang menentukan.

Tidak mengapalah!
Mat Sabu merenung mataku dan Mat Sabu sendiri simpati sangat bila cerita ini kujelaskan kepadanya dan memang cerita kami sama cuma ada sedikit bedanya. Itu kata orang lain bukan Mat Sabu kata.

“ Apa boleh buat bang Maily, memang ini sudah ditentukan dan kita tetap terima hakikatnya sebab di dunia ini selain Tuhan ada lagi Tuhan lain yang sama menenntukan” Kata Mat Sabu dan aku terdiam sebentar untuk niat usaha membaca maksudnya.

Kenapa jadi begini dan kenapa saja Nelly Ding begitu mudah mungkin janji? Apakah memang gadis Dayak itu tidak jujur atau barangkali ada maksud lain dan aku sendiri tidak faham.

Kami telahpun berjanji dan janji itu diikat. Sungai Sarawak jadi saksi dan bulan purnama juga tahu serta angin malam yang menghembus usap tubuh kami juga tahu. Memang itulah janji kami tetapi sekarang segalanya punah.

“ Saya juga kecewa bang Maily” Kata Mat Sabu dan aku terdiam tunduk dan usaha meredakan keadaan meski sedih sangat.

“ Memang kami dijadualkan bernikah bulan depan” Demikian saja jelaskan sama Mat Sabu dan Mat Sabu menatap wajahku. Aku usaha untuk tenang dan kelihatanya Mat Sabu mahu berbicara sesuatu tetapi tidak berupaya atau barangkali dia sendiri tidak ingin menjelaskan apa yang ia alami, khuatir ia sendiri bakal sedih dan pilu. Ia sendiri tidak sanggup menanggung perit duka mencuka itu.

“ Dalam dunia ini ke mana saja kita pergi meski ke Korea atau Israel kalau mahu pasti boleh, tetapi ke Sarawak tidak dibenar langsung meski dalam negara sendiri” Kata Mat Sabu. Mat Sabu terus sedih dan saya usaha membacanya lagi apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya.
“ Saya tak dibenar masuk sarawak tidak mengapa”
“ Maksudnya?”
“ Yang paling saya sedih…”
“ Apanya?”
“ Saya tak dibenarkan itulah”
“ Tak dibenar apa?”
“ Tidak dibenar masuk ke Sarawaklah”
“ Kenapa pula?”
“ Tunang saya gadis Iban direbut orang”
“ Bertunang?”
“ Iya, kami telah lama bercinta dan kemudian bertunang”
“ Siapa yang rebut?”

“ Siapa lagi, itu kena tanya adnan sendirilah” Kata Mat Sabu.
" Peim rebut tunang saya bah alasan saya ngangguran dan Peim orang kaya bilion2" Aku terdiam dan berfikir dan memang Adnan ada buat kenyataan agar Peim kawin lagi satu orang Sarawak, tetapi tak yakin yang dipilih tunang Mat Sabu sendiri.

“ Cerita kita sama, Cuma tak serupa” Kata saya dan kulihat air mata Mat Sabu mengalir membasah pipi. Aku yakin itu air mata AMANAH dan air mata menuntut Keadilan bukan Pakatan punasihat.

Memang sedih sangat. Tunang direbut orang dan sekaligus kami tak dibenar masuk ke Sarawak kesan dituduh tak amanah dan berdasarkan siasatan HBI konon kami dianggap musuh dalam selimut bakal membawa lari tunang orang.
Kesihan!
Kesihan!

NOTA : Tercipta setelah mendengar ucapan Mat Sabu/rakan politik dan merupakan Presiden Amanah. Tajuk cerpenterpen saya kutip dari sebuah DRAMA TV yang saya dan Nancy Foo/Ratu Malaysia akting tahun 80 di KL.


No comments:

Post a Comment