MEDIA PORTAL THE SABAH INSIDER SEMAKIN TOP (MANTAP) TOTAL PAGEVIEW 119.446


 Tuesday March 29.-2016


OLEH: CHARLES P ANDIANG



KOTA KINABALU:- Walaupun di Sabah banyak wujudnya dan kemenculan media portal online yang agak bersaing antara satu sama lain tetapi media portal The Sabah Insider.net sejak mula beroperasi pada pertengahan tahun tahun 2014 semakin hari semakin mendapat tempat di hati para pembaca setia di kalangan penduduk setempat dan luar Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif Media The Sabah Insider.net Jun Pacifico Abdullah dalam satu kenyataannya hari ini berkata  mengikut kiraan Total Pageview  telah mencecah  119,446 dalam tempoh beroperasi selama dua tahun.

Katahnya lagi peningkatan orang membaca dan mengikuti perkembangan dan perjalanan media The Sabah Insider semakin baik kerana media ini tidak berat sebelah terus menyiarkan berita-berita sama ada daripada pihak Kerajaan dan juga pihak pembangkang asalkan berita itu menepati cita rasa pembaca maka editor-editor  kami terus menyiarkan berita mahupun cerita yang berkaian hal-ehwal semasa.

“Saya bagi pihak pengurusan Media Portal The Sabah Insider.net ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua orang penulis tanah air yang banyak menyumbangkan karya-karya mereka  tidak lain tidak bukan saudara Haji Ismaily Bungus dan Nurliyana  Abdullah untuk terbitan media ini” kata Jun lagi.

Jun berkata lagi  mengenai cadangan untuk mengambil pekerja baru bekas kakitangan Media The Malaysia Insider yang telah kehilangan pekerjaan akibat pihak kerajaan menutup  portal itu.

Sayapun sudah berbincang dengan pihak lembaga pengurusan sama ada hasrat untuk menambah pegawai dabn kakitangan untuk bertugas di media The Sabah Insider masih lagi diperingkat perbincangan” tambahnya.


Jun berharap rakyat Sabah khususnya di Semenanjung terus membaca dan mengikuti perkembangan Media The Sabah Insider ia merupakan wadah dan mata telinga dan lidah  rakyat untuk menyuarakan segala keperitan dan pelbagai masalah untuk jadi tatapan bersama bila tersiarnya cerita-cerita yang berkait rapat dengan permasalahan rakyat jelata.

No comments:

Post a Comment