KETAKUTAN POLITIK MELAYU JIKA LIM KIT SIANG JADI PERDANA MENTERI


Rabu Mac 23.2016


( konon jangan kritik/tegur/ hina ulama)

OLEH: NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

KEKADANG ketakutan politik orang melayu ini agar melampau dan ada kalanya tidak masuk akal dan kesannya dicipta macam-macam ayat untuk menakut-nakutkan oleh melayu dan bumiptera sendiri.

Tidakkah mereka mengerti bahawa dari sejumlah 222 kerusi MP itu sendiri hanya sekitar 33 kerusi saja yang dikuasai oleh bangsa cina dan rata-rata di bandar?

Apakah 33 kerusi itu boleh menduduki kerusi perdana menteri yang selalu diperkatakan konon DAP/Lim Kit Siang bakal duduki kerusi PM dan ini jelas auta dan tak masuk akal langsung meski Lim Kit Siang sendiri katakan berulang-ulang mereka tidak akan duduki kerusi PM.

Sama juga pemimpin-pemimpin PAS yang diuar-uarkan akan duduki kerusi PM dan itu sama sekali tidak masuk akal kala jawatan Menteri Besar di Trengganu yang diduduki oleh Hadi macam burung terlepas tangan bau tahi.
Paling bobrok bila ada kalangan melayu sendiri mengatakan bahawa apa saja yang dikatakan oleh pemimpin itu seolah benar terutama sekali yang terlepas dari dari mulut yang dinamakan agamawan dan ini tidak benar.

Baik Hadi yang digelar ulama/agamawan termasuk Mahathir, Najib dan juga Lim Kit Siang bukanlah maksum dan mereka sekadar manusia biasa dan sebagai manusia biasa bukan macam Nabi tentu selalu saja silap kala berkata-kata atau ketika duduki kerusi menteri dan selayaknya rakyat meski mencuci tandas berhak menegur kritik dan itu tidak salah.

Hadi dikatakan orang agama dan sekaligus politikus dan kita faham sangat bahawa politik di Malaysia ini bukan politik seperti yang nabi amalkan disebut SIASAH dan politik di Malaysia ini kata orang sama dengan MUSLIHAT yang membawa maksud siapa bijak muslihat biasa akan menang dan ditambah dengan strategi yang menipu rakyat.

Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia harus membuka mata dan minda secara melebar dan melihat jauh ke depan demi negara bangsa dan kala mereka yang pernah bermusuh dan kemudian bersatu itu perkara biasa demi memperbaiki dan rampas dari tangan pemimpin yang korup dan mahu membinasakan negara bangsa yang dibina oleh seorang Mahathir waktu duduki kerusi PM selama 22 tahun.

Kalau memang Mahathir perosak negara, pasti dalam masa 22 tahun itu negara diletakkannya dalam keadaan huruhara/terumbang, tetapi selama 22 tahun Malaysia berada di puncak kejayaan yang cukup dikagumi oleh bangsa asing termasuk Jepun, Russia, Amerika dan Yahudi sendiri.

Hari ini mereka bermusuh dalam dunia politik dan esok duduk semeja sepakat maka itu perkara biasa dan bukan luas biasa dan itu terbukti Mahathir dan Lim Kit siang sebulu dan Hadi serta Najib berjalan seiringan dan apakah itu muslihat, kita sendiri tidak boleh meramal secara tepat dan mungkin inilah yang Allah aturkan untuk rakyat Malaysia yang pasti ada hikmahnya.


No comments:

Post a Comment