Selasa Mac 22.2016
Gambar Kelihatan…..Zakaria diberi
taklimat oleh wakil kontraktor semasa lawatan beliau ke tapak pembinaan Fasa 4
Jalan Lintas Libaran berhampiran kawasan Gum Gum kelmarin
OLEH: AZMIE AZMAN
www.sabahinsider14.blogspot.com
GUM-GUM- : Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris puas hati dengan
kerja-kerja beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di
kawasan DUN Gum Gum.
Menurut Zakaria, pelaksanaan projek
tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan
yang prihatin dan sentiasa membela nasib rakyat jelata.
"Semua projek yang dilaksanakan
oleh Kerajaan adalah untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat," kata
Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri
selepas membuat tinjauan sempena lawatan turun padang beliau kelmarin.
Beliau berharap rakyat akan dapat
memanfaat sepenuh apabila projek-projek berkenaan siap dibina dalam tempoh yang
telah ditetapkan nanti.
Antara projek yang ditinjau oleh
Zakaria ialah pembinaan Fasa 4 Jalan Lintas Libaran berhampiran kawasan Gum
Gum, pembinaan tambatan di Sungai Gum Gum untuk mengatasi masalah hakisan dan
tapak cadangan pembinaan dewan baharu Gum Gum.
Beliau turut melawat Kampung Sinar
Baru di Rancangan Sungai Manila di bawah kawasan DUN Sungai Sibuga untuk
meninjau kerja-kerja pemasangan paip untuk pembekalan air bersih kepada lebih
kurang 150 buah rumah di kampung tersebut.
Sementara itu, Zakaria turut
menyampaikan sumbangan peribadi serta barangan keperluan harian dan bahan
pembinaan kepada seorang ibu tunggal di Kampung Gum Gum.
Siti Terpilih Pentah, 40, yang
berjual makanan untuk sara hidup, telah menetap di kampung berkenaan sejak
tahun 1970an. Kini beliau tinggal di sebuah rumah papan yang daif bersama
tujuh orang anaknya.
Masalah Siti mendapat perhatian
Zakaria yang telah mengarahkan pegawai-pegawai UPPM DUN Gum Gum untuk
mengenalpasti jenis bantuan kebajikan yang dapat diberikan kepada beliau.
"Pihak Ketua Kampung,
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam
Bandar dengan kerjasama pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) akan mengadakan
gotong royong untuk membantu membaik pulih rumah yang diduduki oleh
beliau," tambah Zakaria.
Hadir bersama dengan Zakaria dalam
lawatan beliau ialah Timbalan Presiden MPS Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain,
pegawai-pegawai MPS dan Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri, Pegawai
Pembangunan Masyarakat DUN Gum Gum Kamal M Said, Pe
No comments:
Post a Comment