Friday March 18.2016
KARYA: NURLIYANA
ABDULLAH
sabahinsider14@gmail.com
Saya dan abang saya Islam agama
sejak 6-7 tahun lalu, sementara orang tua saya masih dalam agama christian dan
katakan tiba-tiba suatu waktu saya nampak mereka makan daging itu dan saya
katakan ITU HARAM dan JANGAN MAKAN.
Apakah
yang ayah dan ibu saya rasakan kala saya berkata begitu? Bukankah itu menyentuh
perasaan kedua orang tua saya yang menyebabkan ayah dan ibu tersinggung? dan
Islam jelaskan itu berdosa merosakkan hati orang tua. Jauhkan ya Allah!
Itu
sebab saya menolak perkataan HARAM dan tidak akan mengatakan perkataan itu di
depan mereka kala makanan itu memang makanan mereka dan bukan untuk yang Islam
agama.
Demikian
juga kalau terkait hal ARAK dan cara menjelaskan ialah kesan meminum arak itu
yang harus kita jelaskan dan sebenarnya baik islam dan bukan Islam memang
melarang memakan/minum makanan/minum berkenaan ikut kitab lama.
Jika
kita bercakap di depan yang Islam agama dan itu kita katakan HARAM barangkali
sesuai dan tidaklah saya komen, sebalik kepada yang bukan Islam tentu tidak
sesuai. Makanya kena hati-hati melontar kata-kata sedemikian.
Saya
lebih suka mengatakan dengan fakta bahawa daging itu ada sebab-sebabnya orang
Islam tidak makan sebab ada cacing pita yang sukar mati meski dimasak dengan
suhu panas sekali dan untuk membuktikan ambil saja daging yang sudah masak itu
bubuh dengan minuman cola dan kita akan lihat apa kesannya. Itu cara terbaik
kelihatan di depan mata.
Nah,
soal berbahasa ini saya fikir orang Malaysia memang agar kasar malah sedikit
melampau dan kesannya kita melihat kekasaran itu ada di mana-mana, baik di
publik atau sembang, hujah melalui media penuh dengan bahasa kesat dan makian
yang kekadang melampau sangat.
Misalnya
kita katakan DAP, MIC, MCM itu anti Islam sebab tidak setuju hudud. Itu tidak
semestinya anti islam.
Kalaulah
mereka itu tidak setuju HUDUD itu tidaklah menjadi hairan sebab rata-rata
mereka tidak islam dan ada kepentingan politik.
Sebalik
pemimpin BN terdiri Perdana Menteri (PM) dan semua mantan PM bukan saja tidak setuju
HUDUD malah dihina pula hukum Islam itu dikatakan MENGHURUHARAKAN MALAYSIA. Apa
sebenarnya itu? Ini memang melampau sangat.
Mana
lagi bahaya antara DAP/MIC/MCA dan PM/mantan semua PM yang bercakap yang Hudud
menghuruharakan Malaysia?
Kita
yang hidup dalam negara ISLAM HADHARI dan NEGARA ISLAM CONTOH boleh jawab
sendiri.
Malaikat
Azizah yang membantah perintah Allah tidak tunduk sama Adam terus dilaknati
Allah dan dihantar ke neraka dan diubah nama IBLIS dan apa bezanya kenyataan
IBLIS dan PM serta mantan semua PM itu? Kita sendiri boleh fikir!
Nabi
ketika ia dimaki hamun dan disimbah dengan air kotoran terus saja datang dan
suapi yang aniaya nabi hingga Fatimah mengatakan "kenapa ayah yang baik
selalu kena aniaya?" dan Nabi menjawab "mereka belum Islam dan belum
tahu kebaikan Islam"
Sebalik
orang kita di Malaysia ini terus mereka maki hamun ahli-ahli DAP, MIC, MCA dengan kata-kata kesat diguna
kata Babi, Dappig, komunis, baruah dan sebagainya.
Inikah
ajaran Islam yang sebenarnya ? Lalu bagaimana mereka mahu dekati islam dan
kenal Islam?, kalau perangai demikian jahat mengata orang? jelas semakin
menjauh sebab perangai orang Islam (tidak semua) itu jahat dan mendendam.
Ikut
sejarah bangsa Melayu ini cukup lembut cara berbahasa dan kalau marahpun penuh
sindir berbahasa sinis/rujuk karya Usman Awang, tetapi kalau meradang siap
mencabut keris dan menikam-nikam orang di Istana Melaka seperti lagaknya Hang
Jebat dan Hang Tuah yang sokong membuta tuli. Ku Nan barangkali tahu sebab ia
keturunan Tengku dari Melaka dan Aceh.
Itu
sebab saya tak berapa minat senjata namanya KERIS sebab keris dahulunya diguna
untuk menikam dan membunuh orang dan seharus itu tidak menjadi simbol lambang
parti kerana niat sudah jelas membinasakan orang, tetapi keris yang ada
sekarang sudah berkarat, tumpul dan sudah tua malah lali layak di simpan di
muzium negara saja.
Ketika
Nabi berkuasa dan memerintah Mekah dan Medinah, semua rakyat baik islam atau
tidak islam merasa selamat dan tidak ada kekhuatiran dan kerana itu usaha nabi
lebih berjaya ketika itu sebab kepimpinannya penuh dengan kasih sayang dan
tidak ada kekasaran dilakukan.
Tindakan
Nabi baik berkata-kata atau olahnya selalu dalam keadaan penuh kasih sayang
yang akhirnya Khalid Walid yang ia tawan dan musuh-musuh lain bebas tanpa digari, makan sama bebas
bergerak dan akhirnya menjadi orang kanan Nabi sendiri kesan kepakaran dalam
dunia perang/dilantik Khalid menjadi panglima perang tentera islam ketika itu.
Kenapa
orang Malaysia itu begitu kasar berbahasa?
Apakah
kesan mendengar para pemimpin kita menggunakan kata yang kesat seperti
haramjadah, bangsat? atau kesan selalu saja kedapatan bohong, kelakar sang
pemimpin?
Atau
kesan anak-anak bercampur gaul dengan mereka yang kasar atau barangkali kesan
pengaruh media sosial yang tidak terbatas cara berbahasa dan mungkin juga cara
hidup budaya orang kita di desa atau orang tua yang selalu menggunakan perkataan
kasar ketika mendidik anak-anak di
rumah?
Guru
kencing berdiri dan murid pasti kencing berlari dan cucu entah injak-injak
(pijak-pijak) kepala dato nenek sendiri.
Cuba
kita perhatikan bagaimana orang yang tinggal di barat, timur bercakap banding
kita sendiri, tetapi dalam beberapa hal cuba kita perhatikan orang seberang
bercakap dan bandingkan dengan orang dusun atau murut bercakap dalam lift yang
sama kita tumpangi.
Pergilah
ke Sook atau Tomani dan perhatikan orang Murut, Lundayeh bercakap dan kekadang
sukar sangat kita mendengar kesan terlalu menjaga perkataan terutama kala
mereka bercakap dengan VIP atau menteri penuh adab dan sopan hingga kekadang
tidak kedengaran kesan menjaga hati dan hormat tetamu.
Bangga
bangsa saya
Kalau bukan saya puji siapa lagi
Ini kalilah
tiada lain kali
Ini kali saja.
Kalau bukan saya puji siapa lagi
Ini kalilah
tiada lain kali
Ini kali saja.
No comments:
Post a Comment