BANYAK PENYELEWENGAN DALAM MALAYSIA MEMANG BAHAYA

Wednesday March 16.2016


OLEH: ISMAILY BUNGSU
sabahinsider14.blogspot.com

KELIHATANnya apa saja agensi kerajaan rata-rata  kita lihat hanya diserah kepada politikus yang menang dan bukan berdasarkan kepakaran seperti di negara-negara barat dan lain yang lebih maju.

Kesan demikian maka satu demi satu apa saja agensi kerajaan selalu saja bermasalah kesan yang kendalikan kekadang ada kepakaran tetapi tidak amanah dan ada yang amanah tetapi tidak punya kepakaran.

Kekadang ada yang semacam beruk/monyet dikasih cincin tetapi berlagak bak seorang yang maha bijak dan punya kepakaran dan akhirnya syarikat rugi berjuta berbilion dan sesudah itu mereka jadi kaya raya rumah berjuta, anak bini mewah beli belah di luar negara macam taukeh judi.

Memang orang yang diamanah semacam ini lagaknya hampir menyerupai setan alias penyamun tarbus yang memusnahkan negara bangsa kita.

Bank Negara telah dipimpin oleh yang diakui dunia antara yang terbaik tetapi kesan ia suarakan ada yang putar alam dan usaha meraih untung secara tidak halal, maka kemudian perkhidmatannya yang berpuluh tahun diberhentikan dan bakal diganti oleh yang kita tidak tahu bagaimana nanti.

PETRONAS yang selama ini tidak bermasalah, juga akan diganti pengerusinya dengan yang lain dan Mahathir seorang doktor yang pernah duduki kerusi PM selama 22 tahun disingkir.

Sepatutnya urusan ketuai agensi/syarikat milik kerajaan seharusnya diamanahkan kepada yang pakar dan amanah bukan perampok dan bukan juga siberuk yang dikasih cincin tetapi tidak tahu mengurusnya.

Kelihatannya akan ramai kalangan pengerusi agensi kerajaan/syarikat kerajaan bakal diketuai oleh politikus kalangan beruk-beruk/monyet-monyet yang berlagak maha tahu.

Nah, kesannya negara bangsa kita bakal rosak binasa dan itupun sudah kita lihat bila YAPEIN, Tabung Haji, Dana ZAKAT, MARA dan lain-lain  bermasalah tetapi dendangan mereka seolah untung dan hakikatnya kita dalam bahaya dan itu sebab GST muncul selamatkan semua yang bobrok kendalian kerajaan BN.

Memang dasar penyamun dan perompak dan apapun tidak akan ia akui diri mereka penyamun dan perompak khianat.


No comments:

Post a Comment