PEGUAM NEGARA UNTUK NEGARA ( bukan untuk kepentingan seseorang)


Monday March 28-2016

OLEH NURLIYANA ABDULLAH
www.sabahinsider14.blogspot.com

SEPATUTnya jawatan-jawatan  penting seperti peguam negara, Ketua Polis, SPR dan jawatan lain yang dikira tak kurang pentingnya harusnya di bawah parlimen dan tidak di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri.

Meski lantikannya di bawah DYMM tetapi semuanya restu dan nasihat perdana menteri dan jika demikian maka ianya menimbulkan banyak masalah kesan termakan budi dan mula membalas budi.

Itu sebab kita melihat banyak sangat kepincangan undang-undang  di Malaysia ini kesan hanya yang terpilih boleh lepas dan yang lain demi menjaga kepimpinan atasan selalu saya tidak dipeduli, malah semacam tutup buku.

Kelihatannya ada semacam ketidakadilan yang berlaku di mana-mana dan itu sebab kes rumah Lim Guan Eng menjadi ribut seluruh dunia dan begitu cepat serta segala media TV dan media lain terus menguar-uarkan sedang kasus yang melibatkan billion-billion usaha didiamkan dan kesannya rakyat marah dan tidak hairan bakal terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Sekarang dunia melihat Malaysia ini sebuah negara paling korup yang dilindungi dan kesannya Malaysia yang dinamakan Islam hadhari dan Negara Islam contoh begitu terkenal dan sedikit sebanyak mencalar nama baik Malaysia yang pernah dibina oleh Mahathir selama 22 tahun.

Mahathir rasanya tidak berpolitik dan ia sendiri tidak ada niat untuk kembali berpolitik, yang ia perjuangkan hanyalah agar Malaysia tidak rosak binasa kesan dana negara disonglap begitu rupa tanpa jawaban yang boleh memuaskan hati rakyat.

jawaban2 yang selalu diberikan oleh pihak atasan selalu saja tidak tetap dan berubah-ubah dan kekadang menjadi lawak jenaka bila kebenarannya tidak meyakinkan dan banyak ularnya.

Sekarang yang jelas Mahathir telah menyaman Najib dan kita jika Najib merasa dirinya tidak bersalah, maka berani kerana benar dan takut kena salah.

Beranilah hadapi saman Mahathir dan harusnya dijawab di mahkamah nanti dan bukan menutupnya seolah tiada salahnya dan jika demikian maka apa sudahnya RULE OF LAW di Malaysia ini nanti?
Kita tunggu apa sudahnya dan jika ini gagal dengan segala macam, maka terserahlah kepada rakyat untuk menentukan di PRU14 akan datang demi selamatkan negara bangsa.

Kita harus berfikiran terbuka dan melihat masa depan yang lebih jauh dan bukan memikirkan akan kepentingan diri melulu.

Semua kita kena bertanggungjawab!

No comments:

Post a Comment